Sukan SEA: Bola Sepak Malaysia Umpama Phoenix Bangkit!
By Aidilx on Dec 17, 2009 in Aidilx, Info Semasa, Sukan

Ehsan foto: Kosmo
Lokasi: Pejabat
4.30 petang, sudah ramai yang berkira-kira mau meninggalkan opis. Final bola sepak Sukan SEA, katanya.
Dalam hati mula rasa terkilan. Persetan. Tonton saja ulasan di slot sukan TV3.
Lokasi: Rumahku Sorgaku
Sampai di rumah, lintas langsung perlawanan tersebut belum bermula. Lega. Dilema pula memilih siaran tv untuk diikuti. Lebih baik mengikuti ulasan di TV2. Pak Hasbol lebih profesional dalam membuat ulasan sukan. Tidak kaku berbanding pengulas sukan yang baru setahun jagung. Itu pendapat peribadi.
Sepak mula sudah bermula. (Kueh cakar ayam dan air kotak perisa ice lemon tea menjadi penaja rasmi sepanjang tempoh 90minit+masa tambahan)
Secara kasarnya, saya melihat corak permainan pasukan Malaysia sudah jauh berubah. Mungkin, chemistry di antara pemain yang membolehkan mereka mampu memberikan kerjasama yang terbaik di padang. Kita akur bahawa Vietnam memiliki kekuatannya tersendiri apatah lagi kalau dibandingkan melalui ranking di AFC mahupun dunia; mereka agak jauh meninggalkan kita.
Pujian seharusnya diberikan secara mutlak kepada Rajagopal dan para pemain; bukan pihak pengurusan! Ini hanyalah permulaan kepada langkah yang lebih jauh.

