Mati Hidup Semula
[audio:matihidupsemula.mp3]

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
103 hari sudah berlalu;
Jarak masa itu terlalu panjang. Apatah lagi membiarkan blog dalam kondisi terabai bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Bahkan, dia sendiri kurang selesa dengan situasi begini. Tetapi, semua ini bukan perkara yang direncanakan. Tiada konspirasi. Pasang surut kehidupan ini memang diluar jangkaan kita.
Mati ilham
Mati jiwa
Mati akal
Mati cinta
Mati kecekalan
Mati kata
Mati…
Setelah 103 hari selepas segalanya mati. Tanggal ini dia memulakan semula apa yang telah mati. Melunaskan perjuangannya sendiri waima inputnya hanya sehala.
Terima kasih kepada bala saldadu cinta yang tidak jemu memberikan sokongan. Terima kasih kepada Empunya Langit dan Bumi yang acapkali memberikan dugaan ini kepada dirinya.
Saya terima segala musibah ini dengan hati terbuka kerana hidup berani untuk gagal!
Moga Kau kurniakan diriku nikmat yang lebih baik.






24 Comments to “Mati Hidup Semula”