Tip Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 2012


#1 Calon-calon yang masih berminat untuk mendapatkan ebook Nota Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1, sila letakkan emel anda diruangan komen untuk tindakan susulan.

Alhamdulillah, pada bulan Februari nanti saya akan menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 yang dulunya dikenali Penguasa Kastam W41. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips peperiksaan yang saya perolehi hasil perkongsian oleh encik Jamal kepada calon-calon peperiksaan Penguasa Kastam 2012.

Dalam peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:


Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.

Soalan peperiksaan kastam 2012 ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Penguasa Kastam gred WK1-1.

Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Panduan Memasuki Peperiksaan Penguasa Kastam

1. Di hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

2. Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5. Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan

6. Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :
i. Kertas OMR – bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.
ii. Kertas tulis SPA – bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.

7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (6) seksyen seperti berikut :

Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30

Di dalam soalan peperiksaan penguasa kastam ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :

A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan – B 

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan – D 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 


Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markah : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i. Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii. Menginterpretasi Data; dan
iii. Konsep-konsep matematik.

(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan 

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :

Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.

Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.

Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.

Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.

A. Peguambela.
B. Jururawat.
C. Profesor Ekonomi.
D. Penganggur.
E. Peguambela dan Jururawat.
Jawapan – D 

Penjelasan 

Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah

A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.
D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.
Jawapan – C 

Penjelasan
Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan
Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-
Kadar cukai Di Malaysia

0 – 5000 2,500 @ 6% = 150
+ 2,500 @ 9% = 225

5,000 – 7,500 5,000 = 375
+ 2,500 12% = 300

7,500 – 10,000 7,500 = 675
+ 2,500 15% = 375

10,000 – 15,000 10,000 = 1,050
+ 5,000 20% = 1,000

15,000 – 20,000 15,000 = 2,050
+ 5,000 25% = 1,250

20,000 – 25,000 20,000 = 3,350
+ 5,000 30% = 1,500

25,000 – 35,000 25,000 = 4,800
+ 10,000 35% = 3,500

35,000 – 50,000 35,000 = 8,300
+ 15,000 40% = 6,000

50,000 – 75,000 50,000 = 14,300
+ 25,000 45% = 11,250

75,000 – 100,000 75,000 = 22,500
+ 25,000 50% = 12,500

1. Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820
D. RM 1,050
Jawapan – B 

2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?

A. RM 200
B. RM 300
C. RM 900
D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan – C 

3. Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?

A. RM 3,000
B. RM 5,000
C. RM 3,500
D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan – C 

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan 

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
E. 64
Jawapan – A 

Cara mendapatkan jawapan
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?

A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
E. 37
Jawapan – A 

Cara mendapat jawapan
90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)


Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Contoh soalan:

1. Apakah cadangan anda untuk mengelakkan gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan?

2. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penurunan bilangan pelancong ke Malaysia. Apakah cadangan anda untuk menarik kembali pelancong luar untuk datang ke Malaysia?

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS  (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)

Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam  Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam ini.

Soalan Objektif  (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei  (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

Seksyen F – Sahsiah Diri  (Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam)

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.


Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan 

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kesimpulan bagi calon peperiksaan Penguasa Kastam
Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya dalam setiap seksyen terutamanya esei. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke Assessment Centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam. adalah lebih baik.

Kepada calon-calon yang inginkan panduan bagi menduduki peperiksaan ini bolehlah membeli pakej rujukan peperiksaan bertulis M41 bolehlah melayari ke TipsPTD. Di samping itu, para calon boleh melayari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://www.customs.gov.my untuk mendapatkan informasi penting mengenai jabatan tersebut.

Selamat maju jaya kepada semua calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 2012.


Terima kasih kepada Encik Jamal di atas perkongsian ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 24 January '12 oleh | 1,799 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Pekerjaan.

Google Keyword: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

114 Comments to “Tip Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 2012”

24.01.12 at 11:02
Posted by Spongebob Tercekik

soalan feb 2012 ada tak?
Spongebob Tercekik recently posted..Akibat Salah Hantar EmailMy Profile

Aidilx Reply:

Hurm.. salah pertanyaan ke apa ni?

Kalau soalan 2012 belum dikeluarkan camnalah soalan itu nak ditunjukkan sebagai contoh? :confused:

24.01.12 at 15:46
Posted by saladhijau

salam.. eh samalah kita.. saya pun akan amik exam 4/2 ni.. insyaAllah ade rezeki.. :)

Aidilx Reply:

Mudah-mudahan rezeki memihak pada kita kali ini, insya-Allah. Ameen.

Best of luck to you! :wink:

28.01.12 at 02:57
Posted by ACAN

terbaikkk :laugh: ACAN recently posted..Hulu Plus Still Heading To Nintendo 3DSMy Profile

Aidilx Reply:

Saling membantu kepada calon yang akan menduduki ujian pada 4 Februari ini. Sambil itu, tolong buat promosi Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis M41 kepada yang ingin berusaha untuk berjaya.

Apa pun, terima kasih sudi singgah ke sini. :grin:

sintek Reply:

salam,email yg di trima dh dpat..thankz bnyak2..=)
ngah download skang ni…tpi soalan lum tgk ag..nmpaknye cam bnyak…hehee..
pape hal, mekasih bnyak2 tlg sy.. :grin:

sintek Reply:

saudara,x dapat la nk download dh try bnyak kali dh..huhuhu…

Aidilx Reply:

Tak dapat? Masalah talian internet. Rasanya yang lain tiada masalah untuk memuaturun ebook tersebut. :confused:

31.01.12 at 09:57
Posted by ejaa

ape rujukan terbaik eh utk exm ni?
please share.. huhu cammana nk beli ebook@rujukn tu

Aidilx Reply:

Saya cadangkan saudari Eja beli buku Malaysia Kita. Kebanyakan soalan sama ada PTD mahupun Kastam memang berkaitan dengan sejarah Malaysia dan isu semasa yang berkaitan dengan Malaysia.

Dimaklumkan oleh Admin TipsPTD, ebook sudah pun ditutup penjualannya. Walaubagaimanapun, saya berbesar hati berkongsi ebook atau rujukan tersebut kepada calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan Penguasa Kastam 2012 ini.

Sekiranya ada calon berminat dan tidak berkesempatan untuk membelinya, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkannya. Ini saja usaha saya untuk membantu anda semua. :smile:

yue Reply:

aidilx,
sy xsempat nk beli since sy br je dpt surat twaran tu 2hari lepas~ kindly reply me kof_kyoiori@yahoo.com. tq~ btw btol ke spe yg pkai spek kompem2 xakn lepas??

Aidilx Reply:

Saya pun pakai kaca mata tapi tak salah kalau kita mencuba kan? Rezeki Allah ini tiada siapa yang boleh halang.

Sila semak emel anda selepas ini. Harap membantu, insya-Allah.

yue Reply:

thn lps sy intern kt kdrm, pegwai kt sana ad kata xleh pakai spek..tp sy nk m’cuba nasib jgk..n kbtulan time ada 4 penguasa br masuk..yg peliknye,penguasa tu xmenepati kriteria pom..heran..mgkin rezeki dorng..
:)

Aidilx Reply:

Saya pernah menjalani LI di KDRM juga, ada di antara Penguasa menggunakan kaca mata. Barangkali semasa pengambilan sahaja ditetapkan syarat tersebut, selepas diserap masuk ke KDRM syarat itu dilonggarkan.

Walauapapun, itu namanya rezeki. :wink:

yue Reply:

yup..bile dah komfirm, xkisah pakai spek ke ape2 pon..even xfit mane pon xkisah dah~

Aidilx Reply:

Boleh semak emel. Harap sudah sampai ke emel anda :grin:

yue Reply:

sampai..tq2~

Aidilx Reply:

Alhamdulillah.
Selamat menelaah dan selamat maju jaya. :grin:

asyikin Reply:

Saya berminat nak kongsi.. Tak sempat lar nak beli e-book tu..
blh tolong email saya tak? :wink:

Aidilx Reply:

Insya-Allah. Boleh semak emel saudari sebentar lagi. :smile:
Semoga usaha ini membantu.

atie Reply:

Aidil x…. salam.. sy sebenarnya x sempat nak search contoh2 soalan sebelum nie kerna sibuk dengan kerja. Dengan ini, sy harapkan saudara aidil dapat membantu serba sedikit untuk peperiksaan kastam ini… Bleh? Bantuan saudara sgt dihargai..

atie Reply:

e-mail sy .. atie (norelawati@hotmail.my)

Aidilx Reply:

Insya-Allah saya cuba sedaya mungkin untuk membantu saudara/saudari bagi menghadapi peperiksaan kastam ini. Selebihnya bergantung kepada usaha dan tindakan susulan dari pihak saudara/saudari.

Boleh semak emel sebentar lagi. Semoga ianya membantu.

nurul Reply:

aidilx, boleh tak share tip untuk exam kastam ni?sy last minute br dpt surat..harap sangat2..ni email sy..steffy_pearl87@yahoo.com..tq!!

Aidilx Reply:

Insya-Allah, saya bantu apa yang terdaya. Semoga bantuan tak seberapa ini dapat membantu anda membuat persediaan di saat akhir ini.:smile:

Boleh semak emel anda sebentar nanti.

31.01.12 at 19:51
Posted by yumi

salam sejahtera. boleh share ebook tu? baru je dpt surat, da lambat nk beli rujukan. terima kasih.

Aidilx Reply:

Adakah emel yang saudari sertakan di sini sah? Ini adalah bertujuan untuk tujuan perkongsian ebook nanti.

yue Reply:

sah~

Aidilx Reply:

Sudah diemelkan. Boleh semak emel saudara/saudari. :smile:

yue Reply:

xde pom~ tlg email skali lg..TQ :)

Aidilx Reply:

Saya emelkan balik di SPAM atau boleh semak emel sekejap lagi.

yue Reply:

menanti dgn penuh sabar..
TQ awk~

Aidilx Reply:

Sedang dalam proses upload fail kerana banyak bahan disertakan sekali untuk rujukan. Itu saja boleh saya bantu saudara/saudari pembaca Aidilx.com. :wink:

31.01.12 at 20:59
Posted by zul

salam saudara saya juga berharap saudara dapat mengsend kepada saya jugak sagt sangt sbb baru dapat surat semalam jadinya diharap dapat mambantu hantar dekat zulkiflli87@gmail.com

Aidilx Reply:

Insya-Allah, boleh saudara. Sila semak emel saudara sebentar lagi. Semoga membantu. :smile:

31.01.12 at 23:15
Posted by sue

salam,,sy pon nk jga…xtaw nk study pe….hrp sudi share gn dsy…=)tq…email sy

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt

Insya-Allah boleh. Saudari boleh semak emel sebentar nanti. Semoga membantu. :smile:

julie Reply:

salamm…sy pun br dapat surat semalam..hope sgt dapat bantu saya..pleaseee..

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt

Saya cuba sedaya mungkin untuk membantu. Sila semak emel anda sebentar lagi.
Semoga ianya dapat membantu anda, insya-Allah. :smile:

sue Reply:

ya…sy sudah trime…trima ksh byk2 saudara yg sedia membantu…=) :smile:

sintek Reply:

:sad: salam.sy pon nak jgak….exam dh hmpir..makin risau coz xtaw nk bce ape lg…sy hrap ada org sudi bantu sy…plssss

Aidilx Reply:

Tak berkesempatan membeli atau lewat dapat surat? Sila semak emel sebentar lagi. :wink:

01.02.12 at 10:17
Posted by julie

hii

Aidilx Reply:

Hi Julie! :grin:

01.02.12 at 10:22
Posted by julie

hii..saya harap sgt bantuan awk..sy br dapat surat semalam..x tau nak study ape..harap dapat membantu

01.02.12 at 11:12
Posted by julie

thanks..sy dah dpt email awk…awk ada tak cth soalan esei bm/bi…

Aidilx Reply:

Contoh soalan esei BM/BI sudah saya sertakan sekali. Cuba semak satu persatu. :confused:

Harap maklum.
Aidilx recently posted..Wordless Wednesday #2 | Rezeki Di Tangan TuhanMy Profile

01.02.12 at 13:29
Posted by asyikin

terima kasih banyak2.. saya sudah terima

you rocks!!!

:wink:

Aidilx Reply:

Semoga bantuan yang tak seberapa itu dapat membantu anda mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan tersebut. :smile:

amri Reply:

tlng email kn saya ebook kastam
titian_313@yahoo.com

Aidilx Reply:

Saya sudah emelkan kepada saudara. Dan, saya juga sudah membalas pertanyaan saudara!

01.02.12 at 16:00
Posted by eva

wow! blh tahan juak exam for kastam ow.. heee.. susah bg kmk.. haha.. :D
eva recently posted..cukup kuat aka strong enoughMy Profile

Aidilx Reply:

nampak susah tapi mun dah sedia sepenuhnya, hilanglah susah ya. :grin:

anum_abadi Reply:

hi blh tlg emailkan ebook jgk, time kasih byk2

Aidilx Reply:

Uit, dah saat akhir ni. Insya-Allah boleh. Boleh semak emel anda sebentar nanti. :smile:

02.02.12 at 12:57
Posted by anum_abadi

thanks emm last minute decision..hrp2 sempat study

Aidilx Reply:

Kita usaha sedaya mungkin waima keputusan dibuat saat akhir. Kita usaha selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Man jadda Wajjada. :wink:

02.02.12 at 13:09
Posted by shen

Hi Aidilx:

Saya pun berminat dgn e-book tu…harap saudara blh tlg saya..boleh email bagi saya tak?? terima kasih byk….

Aidilx Reply:

Boleh. Saya cuba membantu apa yang terdaya. Sila semak emel sebentar lagi. :smile:

02.02.12 at 14:20
Posted by shen

terima kasih byk-byk….saya dah terima…tq tq

Aidilx Reply:

Terima kasih kembali. Semoga ianya dapat membantu saudara/saudari. :wink:

02.02.12 at 14:54
Posted by iman

saya pon nak jugak….imannurin@gmail.com =)

Aidilx Reply:

Memang persediaan saat akhir ini. :grin:
Sila semak emel saudara/saudari sebentar lagi.

02.02.12 at 15:47
Posted by arif

salam . saya berminat mendapatkan ebook tu tp dah terlepas.
sudi berkongsi pada saya x ?
arif.sazali05@gmail.com

Aidilx Reply:

Insya-Allah boleh selagi mampu membantu. Boleh semak emel saudara sebentar lagi. :smile:

02.02.12 at 16:58
Posted by wadii

hii aidilx,

boleh x tolong emelkan e-book?harap saudara dpt bantu.tq.

wadii Reply:

emel sy benzene5114@yahoo.com

Aidilx Reply:

Insya-Allah, saya cuba. Boleh semak emel saudara sebentar nanti. :smile:

wadii Reply:

terima kasih aidilx..

Mudah2an dapat jawab dengan baik.pertolongan amat dihargai.tq byk2

Aidilx Reply:

Hanya itu saja yang mampu saya bantu. Selebihnya bergantung kepada usaha dan kekuatan kita untuk mendapatkannya.

Selamat menjawab peperiksaan & selamat maju jaya. :smile:

02.02.12 at 19:29
Posted by Bee

Saudara aidil,

Saya jugak menduduki Exam ini dah Terlepas untuk membeli. Moon java baik Saudara utk emailkan nota. Thanks pravim@hotmail.my

Aidilx Reply:

Moon Java? :confused:
Yeah, check your email later on. :smile:

02.02.12 at 19:52
Posted by Bee

Saudara aidil,
Saudara boleh tak emailkan ebook tersebut. Jasa baik mu akan dikenang selalu.

Aidilx Reply:

Sudah diemelkan. Sila semak emel. Terima kasih. :smile:

03.02.12 at 08:25
Posted by adah

aidilx,mntk tlng share e-book ni bley?harap sngt2..

Aidilx Reply:

Insya-Allah, saya cuba. Boleh semak emel anda sebentar nanti. :smile:

nirhan Reply:

sempat lagi ke and berapa bayaran ? risau saya

Aidilx Reply:

Sempat lagi. :grin: Tiada bayaran dikenakan memandangkan ebook ini telah saya beli dari Team TipsPTD dan saya ingin kongsikan ebook berkenaan kepada pembaca Aidilx.com/calon peperiksaan Penguasa Kastam 2012.

Boleh semak emel anda sebentar lagi. :smile:

prem Reply:

Berharap en dapat membantu saya ..

Aidilx Reply:

Emel sudah dihantar, boleh semak. :wink:

03.02.12 at 10:49
Posted by harri

Salam,

Saya ade peluang tak utk saya dapatkan ebook walau pun besok exam.. anybody… tolong- impressiamalaysia@yahoo.com….

Aidilx Reply:

Sempat lagi, insya-Allah. Yang penting jangan putus asa dan usaha sedaya mungkin. Saya cuma mampu membantu sedaya mungkin.

**Sila pastikan emel anda adalah sah & betul untuk tujuan penghantaran ebook. Sebarang kesilapan/emel yang tidak sah sudah pasti menyukarkan saya untuk menghantar ebook berkenaan.

03.02.12 at 12:06
Posted by shanzie

salam,

adik tak sempat nakdapatkan ebook online.boleh hantarkan ebook itu hari ini tak? terima kasih Aidilx.Tolong ….

vengeance_20@hotmail.com

Aidilx Reply:

Lambat dapat surat ke camna ni? :grin: Insya-Allah, saya cuba sedaya mungkin. Selebihnya, usaha & kesungguhan diri kita.

Boleh semak emel anda sebentar lagi.

amri Reply:

aidilx ur sesiapa lh tlng email kn saya jg..plzzzzzzzzzzzzz………dh lwt2 sgt nie…
titian_313@yahoo.com

03.02.12 at 12:23
Posted by amri

tolong email kn saya gk…hope u can help me…plz……….

Aidilx Reply:

Insya-Allah, saya cuba. Boleh semak emel anda sebentar lagi. :smile:

03.02.12 at 13:03
Posted by emma

salam saya tak ada blog nk follow awk pnya blog. tp terima kasih di atas sedikit sebanyak tips di atas. jika tidak keberatan bolehkan awk emailkan sy ebook tersebut? terima kasih bayak2

emma_sapiai@yahoo.com

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt saudari Emma

Saya berbesar hati sekiranya saudari & pembaca Aidilx.com tetap memberikan sokongan kepada blog ini setiap masa. Insya-Allah, saya cuba membantu sedaya yang termampu dan selebihnya atas usaha saudari juga.

Boleh semak emel saudari sebentar lagi. :smile:

03.02.12 at 17:04
Posted by arepeace

saya pun x sempat nak buat apa2 huhu,

Aidilx Reply:

Tawakal je lah kalau camtu. huhu! :grin:

03.02.12 at 18:15
Posted by yuz

salam…sedare aidil.minta share jugak…cuaknyer….harap maseh dpt membantu…tq sedare

03.02.12 at 18:25
Posted by yuz

salam…sedare mintak tlg emailkan juga…moge diberkati Allah segale ushe sedare yg murni ini

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt

Uiks, ini memang percubaan tendangan minit akhir ni. :grin: Insya-Allah, saya cuba bantu apa yang saya terdaya. Boleh semak emel anda sebentar nanti.

03.02.12 at 18:51
Posted by yuz

thanks sedare aidil…

03.02.12 at 19:24
Posted by faiez

salam saudara..
kalau ada panduan tentang exam tu tolong email saya boleh x? faiezmahadi87@yahoo.com
saya baru bukak blog saudara..moga pertolongan saudara membantu saya..
allah jua yang dapat membalas jasa saudara..terima kasih..

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt

Insya-Allah, saya cuba sedaya mampu untuk membantu anda. Boleh semak emel anda sekarang. :smile:

03.02.12 at 20:08
Posted by saufi

harap saudara bleh jg share dengan saya..thanks..

Aidilx Reply:

Insya-Allah, saya membantu setakat kemampuan saya. Boleh semak emel anda, saya sudah emelkan. :wink:

03.02.12 at 20:43
Posted by pit

salam…mmg dah lmbat tp xslah sy mncubakn.tlong emailkn juga ye…trima kasih…

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt,

Yup, tak salah untuk mencuba walaupun membuat persediaan disaat akhir. Saya sudah emelkan ebook berkenaan kepada saudara, boleh semak sekarang. :smile:

03.02.12 at 21:16
Posted by roxe

slm..e book tu kena bayar ke kalo nak?

huhu..

ke dah tade dah skang?

Aidilx Reply:

Ebook tersebut sudah tamat pembeliannya. Saya berkesempatan membelinya tempohari dan sekarang saya ingin berkongsi kepada calon-calon yang tidak sempat membeli ebook tersebut. Tiada bayaran dikenakan. :wink:

Boleh semak emel anda, saya sudah hantarkan ebook berkenaan. :smile:

03.02.12 at 21:21
Posted by roxe

kalau ada, mintak tolong email kan juge…
thanx in advance..

03.02.12 at 22:10
Posted by toshiro

slm, saudara…
nak minta tolong boleh tak emailkan tips/rujukan
berkenaan peperiksaan penguasa kastam kepada saya…
saya minta tolong sangat2, langsung xda tips dan rujukan yang sy perolehi yang tepat…sy cari secara rawak saja…
saya harap saudara boleh tolong…

email: akmadjan@gmail.com

Aidilx Reply:

Waalaikumsalam wbt,

Insya-Allah saya cuba bantu. Sila semak emel anda sekarang, ebook sudah dihantar. :smile:

03.02.12 at 22:23
Posted by saufi

terima kasih kepada saudara Aidilx..

Aidilx Reply:

Terima kasih kembali. Harapnya semoga ebook ini dapat membantu anda membuat persediaan dan mengetahui sedikit sebanyak tentang peperiksaan Penguasa Kastam etc.

Selamat menjawab dan all the best! :wink:

03.02.12 at 22:38
Posted by roxe

gracias!

03.02.12 at 23:38
Posted by xpdc

Hi.. boleh x send ebook kat saya sekali..nak buat last review..
ukur_bahan@yahoo.com

terima kasih :tongue:

Aidilx Reply:

Uiks ini memang tunggu masa nak ditiupkan wisel penamat. :grin: Boleh semak emel anda.

04.02.12 at 05:16
Posted by Isaac

Alamak…baru terjumpa blog ni…minta tolong email kan ebook ni…saya ada 4 jam sebelum exam…please..email: isaac.zain@gmail.com

Aidilx Reply:

Minta maaf saudara, terlewat gak baca komen ni. Walaubagaimanapun, semoga anda masih dapat soalan tersebut. :smile:







:


CommentLuv badge
:grin: :laugh: :smile: :wink: :kiss: :love: :tongue: :amazed: :confused: :sad: :cry: :angel: :angry: