Archive for 'Agama'

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185)

Alhamdulillah, tanggal 29 Ramadhan 1432H maka kita telah menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Dengan segala kerendahan hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Semoga raya ini memberikan seribu keindahan kepada kita, insya-Allah.

 اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Posted on 30 August '11 by , under Agama, Aidilx, Info Dunia, Info Semasa. No Comments.

Salam Ramadhan 1432H

Tags:, , .

Alhamdulillah, sudah 14 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Barangkali, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan dan para pembaca di Aidilx.com dengan harapan semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Di waktu kita sedang leka membeli juadah berbuka puasa, janganlah biarkan nafsu menguasai diri sehingga akhirnya lauk yang dibeli berakhir di tong sampah. Alhamdulillah, kita masih mampu merasai nikmat makanan yang pelbagai rasa dan rupa walhal di Somalia ramai kanak-kanak yang kebuluran kerana kekurangan sumber makanan. Justeru, amalkanlah kesederhanaan dan elakkan pembaziran!  :wink:

Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi Penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar – al-Hadith

Posted on 14 August '11 by , under Agama. No Comments.

Kawalan Emosi

Tags:, , , , .

“Barangsiapa mampu menguasai perasaan dalam setiap peristiwa,baik yang memilukan dan yang mengembirakan, maka dialah orang yang memiliki iman yang kukuh serta keteguhan keyakinan. Lalu dia layak memperolehi kebahagiaan kerana mampu mengalahkan nafsunya.” (Pesanan Rasulullah SAW)

Saya bukan malaikat.
Bukan nabi.
Bukan maksum.
Saya manusia punya perasaan.

Kadang kala, saya akui memang sukar mengawalnya. Namun, saya berusaha sedaya mungkin untuk mengawalnya daripada meletus. Andai kamu pernah merasai getarannya, saya mohon maaf dunia dan akhirat.

Itulah kekurangan yang saya cuba perbaiki, harap kamu bersabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 6 June '11 by , under Agama, Aidilx, Motivasi. No Comments.