Tags:Ikhlas Dalam Penulisan, Menulis Atas Kesedaran, Menulis Kerana Allah, Nuffnang.

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T; empunya langit dan bumi, empunya jasad dan roh, empunya akal dan ruang yang aku pinjam selama ini.
Agak lama saya tidak menambahkan artikel-artikel baharu dalam blog ini. Belakangan ini terlalu banyak kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat menyelitkan input terkini untuk anda. Kesibukan duniawi akhir-akhir ini agak luar biasa.
Untuk menjadi seorang penulis, titik permulaannya adalah KESEDARAN yakni ada rasa ingin berkongsi, ada hajat untuk memberikan sesuatu dan niat untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Penulis yang baik adalah dia merendahkan hatinya dan terikat niat menulisnya kerana Allah.
Semoga penulis blog yang semakin berkembang biak tahu hala tuju penulisannya, memahami tulisannya. Kita menulis, tapi tulisan kita pun akan diadili bukan sahaja di dunia bahkan di sana. Harapan saya, menulislah kerna Allah, bukan menulis mengejar Nuffnang. (Maaf, ayat saya agak keterlaluan).
Posted on 1 June '11 by Aidilx, under Agama, Blog, Motivasi. No Comments.
Tags:Kahlil Gibran, Puisi Ibu Kahlil Gibran, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Ibu 2011.
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
Buat bondaku tercinta, terima kasih kerana kekuatan bonda itu menjadi tunjang perjuangan anakanda selama ini. Semoga Allah terus melimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya kepada bonda buat selama-lamanya.
Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.
Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita di kala lara, impian kita dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.
Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.
Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.
Ibu
Kahlil Gibran
“SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU”
Tags:Afghanistan, Al-Qaeda, Amerika Syarikat, Osama Bin Laden, Osama Laden, Pakistan, US.

Sang Tarantula
(Apologi Buat Osama Bin Laden)
perlukah kehidupan dikorbankan
atas nama kedamaian sejagat
sedang Afghanistan terus sengsara
selaksa saldadu menjadi hantaran
untuk keteguhan
White House kemaruk memburu Osama
nyawa terlalu murah
antara maruah dan kepercayaan
kulihat segalanya bertebaran
oleh permainan politik
manis dalam tepukan bala sekutu
lelaki yang pergi itu
meninggal sekian banyak tragis
amerika membentuk takdirnya
senda yang sering sungguhan
hari ini
aku tidak tersentuh pada rebutan media
tidak juga pada mitos yang diperdagangkan
kerana yang benar baginya
adalah perjuangan kembali menegakkan
kalimah LA ILAHA ILL-ALLAH
Aidilx
Lembah Kabul
