Archive for 'Aidilx'

Gong Xi Fa Cai: Wishing You Happy Chinese New Year

Tags:, , , , , , , , , .

欢乐中国新的一年里我所有的朋友和家人。祝你一个繁荣的中国新的一年!

Aidilx ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyambutnya. Setiap tahun selain dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, inilah perayaan yang ditunggu oleh saya dan keluarga.

Sejak memasuki alam pekerjaan, tiada lagi hang bao yang saya terima. Kalau ada pun itu dah kira bernasib baik.  :tongue: Tahun Baru Cina inilah peluang saya berkumpul dan berkenalan dengan sanak saudara yang saya jarang jumpa. Bila berkumpul tiada lagi perbezaan agama mahupun budaya kerana ikatan kekeluargaan itu lebih utuh dari segalanya.

Tak meriah Tahun Baru Cina tanpa adanya lagu tema sama ada klasik atau moden. Beberapa bulan ini, telinga saya sering disajikan dengan lagu-lagu Tahun Baru Cina yang ceria. Kita yang mendengarnya pun ikut teruja dan jatuh minat. :grin: Contohnya seperti lagu nyanyian Queenzy & Wei Wei :

Video ini pun ‘awesome‘ sebab penyanyinya comei. :wink:

Tidak lupa juga kepada peminat fotografi, jangan lupa sertai pertandingan ‘CNY Photo Contest‘ yang dianjurkan oleh Petronas. Inilah peluang anda untuk memenangi hadiah yang lumayan (RM2000)!

Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook Petronas.

Tahun Naga: Semoga beri Ong kepada saya. :tongue:

Posted on 23 January '12 by , under Aidilx, Hiburan. 2 Comments.

Selamat Hari Lahir Mama

Tags:, , , , , , , , , .

Selamat Hari Lahir buat ibunda tercinta. Tiada kata yang mampu diungkapkan selain memanjatkan doa kepada Allah semoga memanjangkan usia dan memberkati dirimu sentiasa. Terima kasih Mama kerana tetap memahami dan memberi sokongan tatkala diri terlalu lemah untuk berdepan dengan ujian serta dugaan.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Posted on 20 January '12 by , under Agama, Aidilx. 4 Comments.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185)

Alhamdulillah, tanggal 29 Ramadhan 1432H maka kita telah menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Dengan segala kerendahan hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Semoga raya ini memberikan seribu keindahan kepada kita, insya-Allah.

 اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 30 August '11 by , under Agama, Aidilx, Info Dunia, Info Semasa. No Comments.