Archive for 'Aidilx'

Tragedi KB Mall

jatuh_mall2

Kredit foto: Utusan Malaysia

Malang tidak berbau..

Insiden ganjil (bagi saya) kerana amat jarang orang belajar memandu kereta di ruang letak kereta. Apatah lagi, belajar memandu di ruang letak kereta pusat membeli belah. Kecuaian manusia kerap kali mengundang musibah pada diri sendiri. Namun, ajal maut jodoh pertemuan itu sudah ditentukan di Loh Mahfuz.

Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut. Pelbagai versi cerita yang saya baca. Harap Abe Long Sewel dapat memberikan gambaran sebenar diblognya nanti (kalau beliau ada ditempat kejadian). :beurk:

Kita soroti gambar-gambar dan video yang sempat diambil di tempat kejadian.

Kereta Ford selamat tersadai di tengah eskelator

(more…)

Posted on 7 December '09 by , under Aidilx, Info Semasa. 6 Comments.

Membaca Jambatan Ilmu

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” (Al-Alaq: 1)

Saya agak ketinggalan dalam soal memiliki buku-buku terbaru di pasaran. Berada di suatu daerah kecil (diiktiraf Bahagian) sudah pasti kurangnya fasiliti kedai buku seperti Popular, MPH dan Kino. Ada pun buku-buku yang terdapat di kedai buku kecil belum tentu ianya memenuhi citarasa saya. Apatah lagi, harga buku jauh lebih mahal berbanding harga sebenar. Tetapi, itulah perkara normal yang perlu dihadapi oleh pembeli dan penjualnya bagi menampung kos penghantaran dan sebagainya.

Saya sedang mencari buku-buku bahasa Inggeris pula untuk dijadikan koleksi peribadi. Ada sesiapa yang boleh cadangkan saya buku yang sedap untuk diladeni dan sesuai untuk paras umur saya yang beranjak ke usia “pemikir terhormat“. Di bawah merupakan sebahagian buku-buku yang sudah saya tempah secara online. Barangkali, ada di antara kamu yang sudah acapkali khatam buku-buku ini sedangkan saya baru pertama kali menghirup bau harum buku tersebut. Tidak mengapa, asalkan hajat saya untuk membaca buku-buku ini kesampaian dan menjadi koleksi peribadi yang paling berharga.

Advencer_Si_Peniup_Ney1Cinta_Sang_Ratu1guruarkitekbangsakbenarkahiskandarkAyah_Kita_Bos1 hikayatamirhamzahkLaskar_Pelangi1Maryamah_Karpov1jalanjauhksalahudinkSSPJ_151suratunguuntuknuhalSultan_Alauddin_151syahadatcintakTuhan_Manusia_151 ungukarmilakyakjujmakjujk

Ada orang kata hobi membaca merupakan hobi yang membazirkan wang ringgit dan masa. Tetapi, Islam sendiri menuntut kita supaya rajin membaca dan tidak malas untuk membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Raghib as Sarjani, membaca itu bukan hobi semata-mata tetapi merupakan kewajipan setiap manusia. Kerana itu, tidak wajar seorang manusia berkata; “Saya tidak minat membaca” atau “Hobi saya membaca”. Bukankah perutusan Jibril alaihissalam yang pertama kepada Muhammad salallahualaihi wasalam berbunyi Iqra’? Peristiwa ini memberikan sejumlah ibrah kepada umat Islam supaya menjadi umat yang ‘membaca’, dalam erti kata lain meningkatkan pengetahuan kerana Jibril tidak akan membacakan sesuatu ‘kitab’ untuk kita.

Ilmu itu cahaya. Ilmu pengetahuan yang mantap mustahil diwarisi mahupun dibeli. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan. Imam Syafie r.a dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu sebagai berikut:

أخي لن تنال العلم الا بسته ؛ ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة وصحبة استاذ وطول زمان

“Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara; cerdik, aktif mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang panjang.”

Posted on 30 October '09 by , under Aidilx. 9 Comments.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

[audio:Khairil_Johari_Johar_-_Sepasang_Kurung_Biru.mp3]

Taqobalallohu minna waminkum
Siyamana wasiyamakum
Mina aidil wal faidzin

Dengan segala kerendahan hati, saya selaku admin A i d i l x . c o m ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan (termasuk peminat tegar Nur Kasih). Saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun maaf andai ada salah silap dan terlanjur kata selama ini. Semoga hari raya ini membawa seribu kebahagiaan dan kemanisan buat anda semua, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 20 September '09 by , under Aidilx. 2 Comments.