Masa Untuk Istirehat
Aidilx, Blog Disember 3rd, 2009

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
Aidilx terpaksa berehat seketika. Doktor menyarankan supaya saya mendapatkan rehat yang cukup; melupakan sejenak urusan blog duniawi yang memberatkan pemikiran. Rehat itu perlu andai mahu badan saya kembali cergas untuk digunakan 100 tahun lagi. Agak seronok bila saya diceramah oleh doktor tersebut tentang pentingnya saya menjaga kesihatan.
Saya akan memantau sebarang masalah yang ada diblog sepanjang saya berehat. Tetapi, saya sudah pasti tidak akan mampu melayan semua permintaan kerana pengurusan blog ini bergantung sepenuhnya kepada saya sendiri. Agak susah untuk memuaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai limitasinya sendiri.
Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang!
Blog, Info Semasa Disember 1st, 2009

Adakah saudara/saudari sudah melibatkan diri di dalam pertubuhan haram ini? Kalau ada yang sudah terjebak dengan dakyah palsu ini maka saya ingin mengajak anda kembalilah kepada nawaitu sebenar anda di dalam dunia blogging ini.
Saya agak terkejut apabila fenomena ini mula melanda para bloggers yang baru berjinak dalam dunia blogging. Dalam erti kata lain, fenomena ini dicetuskan oleh newbies yang begitu ghairah mengaut keuntungan berganda daripada iklan Nuffnang. Saya cuma tekankan kepada newbies dan saya tidak menolak ada di kalangan bloggers senior yang mendekati pertubuhan haram ini.
Saya faham dengan keghairahan kalian untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, dalam keghairahan dan kerancakan kalian untuk mengaut laba dari Nuffnang, kalian sudah tersasar jauh dari rencana asal. Paling dahsyat dan keji, kalian menubuhkan “Team Klik-Klik Nuffnang” (saya namakannya sebagai pertubuhan haram) untuk memudahkan bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang diblognya untuk dijamah dan diratah oleh rakan-rakannya yang lain secara keji lagi haram!




