Tags:Aidilx.com, Anonymous Hackers, Operasi Malaysia, Penggodam Malaya, Portal Rasmi Kerajaan Malaysia, www.malaysia.gov.my.

Saya fikirkan tuan pengodam bijak pandai hanya memberi fokus kepada belog yang terkenal. Malangnya, congakan saya agak tersasar. Hampir saja terjelepok dari kerusi usang saya apabila mendapati Aidilx.com ini tersenarai di antara belog yang bakal digodam.
Aidilx.com ini bukan belog terkenal, tuan pengodam. Belog ini hanya tempat saya mendendangkan dendangan canggung dari jiwa yang sering berantakan. Kalau mencari kepuasan & glamor, belog ini bukan tempatnya tuan. Kedatangan pengunjung untuk membaca artikel di sini pun hanya berapa kerat saja. Jadi, apa kepuasan yang tuan dapat kalau menggodam belog picisan ini? Nil.
Tuan penggodam, bijak itu bukan untuk dibinasakan dengan jari. Bijak itu harus digunapakai untuk kebaikan manusia sejagat. Saya doakan semoga tuan penggodam dan rakan-rakan cukup-cukuplah menganiayai diri sendiri kerna setiap ilmu itu akan diperhitungkan kelak.
Tags:rezeki, rezeki halal, rezeki haram, usaha.

Dalam pengharapan saya kali ini. Acapkali keluhan dilepaskan, namun bukan menzahirkan kekecewaan yang nyata. Yakin, rezeki untuk saya tetap ada. Perlu gali, cari dan usaha untuk menemukannya. Kudrat masih bersisa dijasad, maka saya harus kejar sehingga ke liang lahad.
“Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas”.(Surah Hud- ayat 6)
Posted on 10 June '11 by Aidilx, under Aidilx, Motivasi. No Comments.
Tags:duit, wang.

“Kalau ada banyak duit baguskan ma?” Ringan mulut untuk menelah isi hati mama.
“Kalau banyak duit, kau nak buat apa?” Jawap mama, acuh tak acuh.
“Kalau ada duit, tak payah banyak pun, dalam lima ratus ribu pun dah memadai.”
Mata mama mula bersinar. Teruja.
“Dil mahu kahwin.” Saya pandang tepat ke mata mama. Saya menjawab dengan sejujurnya.
Mama senyum meleret, barangkali malas melayan anganan saya.

Posted on 8 June '11 by Aidilx, under Aidilx, Satira. No Comments.