Nabau: Anaconda Sarawak {Updated}
Forum, Info Semasa, Sarawak Februari 27th, 2009
Hangpa tau apa itu Nabau? Di Sarawak, dah kecoh cerita tentang Nabau atau ular yang sebesar Anaconda di hutan Amazon, muncul di Sungai Baleh, Kapit. Apa? Sarawak ada Anaconda?
Masa aku kecik-kecik dulu, Mama aku selalu bercerita tentang Nabau ni. Nabau ni adalah mitos masyarakat Iban di sini. Tetapi, apabila aku tengok gambar ini, memang 100% aku tak percaya! Tetapi, bukanlah aku menidakkan kewujudan ular sebesar ini di dunia tetapi dari segi gambar dan video yang disebarkan ternyata ianya tidak menunjukkan gambar-gambar tersebut diambil di Sungai Baleh, Kapit.

Sebagai anak Sarawak aku nak war-warkan yang gambar-gambar yang disiarkan oleh suratkhabar tempatan dan yang disebarkan di Internet adalah palsu! Setahu aku, Batang Rajang airnya bukan hitam pekat seperti yang ditunjukkan tetapi airnya keroh seperti Teh C Beng!
Semua ini gimik untuk melariskan jualan surat khabar tempatan. Minta maaf, kami bukan buta tuli untuk ditipu sebegitu. Tetapi, sekurang-kurangnya ini merupakan salah satu method untuk mempromosikan Sarawak, “A Place Like No Other“. Memang pun kan?

Kiranya satu nusantara dah mengetahui kisah ular di Sungai Baleh. Wah! Betapa luarbiasa teknologi Internet, cerita ini dapat disebarkan ke seanterio dunia dalam sekelip mata! Tak sangka cerita ular ini boleh mendatangkan keuntungan.




