Aidilx ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyambutnya. Setiap tahun selain dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, inilah perayaan yang ditunggu oleh saya dan keluarga.
Sejak memasuki alam pekerjaan, tiada lagi hang bao yang saya terima. Kalau ada pun itu dah kira bernasib baik. Tahun Baru Cina inilah peluang saya berkumpul dan berkenalan dengan sanak saudara yang saya jarang jumpa. Bila berkumpul tiada lagi perbezaan agama mahupun budaya kerana ikatan kekeluargaan itu lebih utuh dari segalanya.
Tak meriah Tahun Baru Cina tanpa adanya lagu tema sama ada klasik atau moden. Beberapa bulan ini, telinga saya sering disajikan dengan lagu-lagu Tahun Baru Cina yang ceria. Kita yang mendengarnya pun ikut teruja dan jatuh minat. Contohnya seperti lagu nyanyian Queenzy & Wei Wei :
Video ini pun ‘awesome‘ sebab penyanyinya comei.
Tidak lupa juga kepada peminat fotografi, jangan lupa sertai pertandingan ‘CNY Photo Contest‘ yang dianjurkan oleh Petronas. Inilah peluang anda untuk memenangi hadiah yang lumayan (RM2000)!
PETALING JAYA: Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini, berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.
Katanya, Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.
“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” katanya.
Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.
Saya mengekek sendirian tatkala membaca persatuan berpaksikan Islam (agaknya) ingin menyaman pengarah filem muda negara di dada akhbar online.
Kod rahsia? Umpama kod Raja Roman ataupun kod Kelara?
Kalau benar memperjuangkan Islam, mari kita banteras segala filem yang bergenrekan tahyul mahyul yang merosakkan pemikiran anak bangsa kita. Kita bangsa Melayu, Islam pegangan kita, masihkah kita dimomokkan dengan filem sebegini?
Sudahlah, saman menyaman itu bukan solusi yang terbaik melainkan tuan ada niat tersembunyi (mala fide). Maaf, saya tidak berniat untuk mengapi-apikan, cuma selaku penulis belog marhaen, saya juga punya hak untuk menegur dengan cara tersendiri.
Barangkali, setiap pembikin filem perlu hadir ke PEKIDA untuk mendengar syarahan “Amal Makruf Nahi Mungkar.“