Archive for 'Info Dunia'

ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975

Tags:, , , , , , , , , .

Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa NEAR NASA pada 29 Februari 2000. (NASA/JPL/JHUAPL)

Pada 31 Januari 2012, asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7.   Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak tahun 1975, dan ia juga tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah pada tahun 2056.

Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.  Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya berbentuk bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh.  Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.

Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria. Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid  yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.

Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari 2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU.  Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.


Sumber: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Posted on 31 January '12 by , under Info Dunia, Zon Teknologi. 4 Comments.

Status Terkini: Fenomena Ribut Geomagnetik

Tags:, .

Fenomena ribut solar atau geomagnetik ini akan dikemaskini setiap hari untuk makluman kepada pembaca Aidilx.com. Semoga informasi ini membawa manfaat kepada kita, insya-Allah.

[30 Januari 2012]

(more…)

Posted on 30 January '12 by , under Info Dunia, Zon Teknologi. No Comments.

Fenomena Ribut Geomagnetik

Tags:, , , , , , , , , , , .

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan CME telah dilaporkan berlaku di permukaan Matahari pada 23 Januari 2012 yang dikesan melalui satelit khas pemantauan Matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA. Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di Bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT [jam 23:00 Waktu tempatan].

LATAR BELAKANG

Matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm). Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle). Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera Bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik Bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan Bumi. Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 boleh menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 27 January '12 by , under Agama, Info Dunia, Zon Teknologi. 7 Comments.