
Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185)
Alhamdulillah, tanggal 29 Ramadhan 1432H maka kita telah menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Dengan segala kerendahan hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Semoga raya ini memberikan seribu keindahan kepada kita, insya-Allah.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tags:Afghanistan, Al-Qaeda, Amerika Syarikat, Osama Bin Laden, Osama Laden, Pakistan, US.

Sang Tarantula
(Apologi Buat Osama Bin Laden)
perlukah kehidupan dikorbankan
atas nama kedamaian sejagat
sedang Afghanistan terus sengsara
selaksa saldadu menjadi hantaran
untuk keteguhan
White House kemaruk memburu Osama
nyawa terlalu murah
antara maruah dan kepercayaan
kulihat segalanya bertebaran
oleh permainan politik
manis dalam tepukan bala sekutu
lelaki yang pergi itu
meninggal sekian banyak tragis
amerika membentuk takdirnya
senda yang sering sungguhan
hari ini
aku tidak tersentuh pada rebutan media
tidak juga pada mitos yang diperdagangkan
kerana yang benar baginya
adalah perjuangan kembali menegakkan
kalimah LA ILAHA ILL-ALLAH
Aidilx
Lembah Kabul
Tags:Ahlul Sunnah Wa Jamaah, Fahaman Sunni, Fahaman Syiah, Israel, Sunni, Syiah Malaysia, Syiah Melayu.

Barangkali, ada yang beranggapan saya mau mencetus kontroversi murahan diawal tahun baru ini. Masakan artis saja boleh mencetus kontroversi besar-besaran di dunia fana ini, para penulis blog (blogger) juga boleh memporak-perandakan dunia dengan permainan tulisan mereka. Kuasa penulis blog juga sudah mula digusari oleh golongan politikus dan artis sehingga ada kes turun naik mahkamah. Harapnya, tiada tangan ghaib yang akan mengheret saya ke muka pengadilan dengan alasan saya pendokong fahaman Syiah.
Tidak perlu saya memualkan pembaca blog ini dengan leretan cerita yang berbelit-belit, sebaiknya terus kepada agenda utama. Saya ingin mengutuskan rasa empati saya kepada pengikut Syiah Melayu (Malaysia) yang baru-baru ini diserbu oleh pihak berkuasa negeri Selangor. Serbuan yang dijalankan pada 9 Muharam 1432H yang lalu merupakan titik tolak kepada kewujudan minoriti Syiah Melayu yang selama ini mungkin agak jarang kita nak ambil peduli. Saya ini bagaimana orangnya? Menaruh empati secara terang-terangan kepada puak minoriti Syiah ini? Saya ini sudah buta tuli agaknya tidak mampu membezakan bahawa fahaman Syiah itu bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wa Jamaah yang saya pegang seawal keluar dari rahim ibu hingga usia saya menginjak ke angka dewasa.
(more…)
