Archive for 'Info Semasa'

Tip Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 2012

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .


#1 Calon-calon yang masih berminat untuk mendapatkan ebook Nota Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1, sila letakkan emel anda diruangan komen untuk tindakan susulan.

Alhamdulillah, pada bulan Februari nanti saya akan menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 yang dulunya dikenali Penguasa Kastam W41. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips peperiksaan yang saya perolehi hasil perkongsian oleh encik Jamal kepada calon-calon peperiksaan Penguasa Kastam 2012.

Dalam peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:


Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.

Soalan peperiksaan kastam 2012 ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Penguasa Kastam gred WK1-1.

(more…)

Posted on 24 January '12 by , under Info Semasa, Pekerjaan. 116 Comments.

Belasungkawa: Dayang Celia Margaret Captier-Brooke

Tags:, , , , , , , , , .

Ucapan takziah kepada seluruh keluarga Rajah Sarawak, Seri Paduka Duli Yang Maha Mulia Rajah Muda Anthony Brooke di atas pemergian Duli Yang Mulia Dayang Celia pada 18 Januari 2012 di kediaman rasminya di Rennes-le-Chateau, Perancis.

Condolences to the all members of the Rajahs family. May you rest in peace.

(more…)

Posted on 21 January '12 by , under Info Semasa, Politik, Sarawak. No Comments.

Belasungkawa: Izwan Pilus

Tags:, , , .

PETALING JAYA: Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini, berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.

Katanya, Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.

“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 20 January '12 by , under Hiburan, Info Semasa. No Comments.