Archive for 'Info Semasa'

BERSIH

Tags:, , , , , , .

Harapnya, kalau benar ingin membuat pemBERSIHan, cuci hati kita dulu. Cuci dengan air mutlak 7 kolah, biar kebal mata hati dari air FRU.

Berarak salah.
Bersuara salah.

Jadi, bagaimana hak bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 sebenarnya tuan?

 

Posted on 17 June '11 by , under Info Semasa, Politik. No Comments.

Ratap Si Rusa

Tags:, , , , , .

4 saat waktu bersisa, mereka yakin sudah mampu menjulangnya. Kuasa Allah SWT, tiada siapa mampu mengubahnya; penyu tersenyum mengalahkan si Rusa digawang. Tergamam.

Tahniah si Penyu, kamu berhak menang di atas kesungguhan kamu. Si Rusa, jangan mengalah kerna esok lusa masih ada.

Posted on 12 June '11 by , under Info Semasa, Sukan. No Comments.

PEKUDA: Lu Langsi Lu Mati!

Saya mengekek sendirian tatkala membaca persatuan berpaksikan Islam (agaknya) ingin menyaman pengarah filem muda negara di dada akhbar online.

Kod rahsia? Umpama kod Raja Roman ataupun kod Kelara?

Kalau benar memperjuangkan Islam, mari kita banteras segala filem yang bergenrekan tahyul mahyul yang merosakkan pemikiran anak bangsa kita. Kita bangsa Melayu, Islam pegangan kita, masihkah kita dimomokkan dengan filem sebegini?

Sudahlah, saman menyaman itu bukan solusi yang terbaik melainkan tuan ada niat tersembunyi (mala fide). Maaf, saya tidak berniat untuk mengapi-apikan, cuma selaku penulis belog marhaen, saya juga punya hak untuk menegur dengan cara tersendiri.

Barangkali, setiap pembikin filem perlu hadir ke PEKIDA untuk mendengar syarahan “Amal Makruf Nahi Mungkar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 11 June '11 by , under Hiburan, Info Semasa, Satira. No Comments.