Archive for 'Motivasi'

Wordless Wednesday #1 | Rezeki

Tags:, .

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima (di sisi-Mu).”

Posted on 25 January '12 by , under Agama, Blog, Motivasi. 6 Comments.

KPLI & DPLI: Melahirkan Guru Kurang Berkualiti!

Tags:, , , , , , , , .

Pendapat Puan A:

kalau nak jd cikgu..nape x amek course education awal2..

dah penat belajar tinggi2…last skali ngaja bdk sek..

bukan menghina..cuma ada pro n con..

u dah blaja tgii2…bila nak aja sesuatu yg rendah..cara penyampaian mgkin agak advance

n mebi expectation agak tggi..(pesal la bdk2 ni payah nak faham..aku aja punye detail dah ni..)

kedua..

belajar tggi2..skop lebih luas..u dah bese berfikir secara meluas..global..critical thinking..etc..

bila u ajar budak2 sek..mebi..critical thinking yg boleh di apply adalah..camana handle bdk2..

ketiga..

di sekolah..u akan ngajar 1-2 subjek yg sama sampai pencen..

for those yg dah graduated bidang eng, lawyer..etc..

mampukah bertahan ngaja subjek yg sama tanpa jemu n x mempengaruhi emosi utk ngaja..

keempat..

saya tatau statistik guru dr maktab or uni..

adakah guru2 kpli ini telah merebut peluang guru2 maktab yang lain?

i mean..guru2 yang amik course education..n di train bertahun utk jd guru..VS guru2 kpli yg dah advanced tuh..ditrain selama 1thn stgh(kalau x silap) utk menjdi guru..

kelima..

ramai yg amik KPLI sbb susah cari kerja..ok la tuh..

i hope that..org yang amik KPLI betul2 nak jadi cikgu sbb nak mengajar n nampak future dlm bidang tersebut

bukan hanya mengajar sbb terpaksa..sbb xde kerja lain dah..

sbb ia akan mempengaruhi the way u do your job..

keenam..

tidakkah merasa kerugian..jika ilmu yg tggi2 tuh tidak dapat diaplikasikan ke arah yg sepatutnya..

ilmu tanpa amal..mmg akan dilupakan..

CTH: seorang ustazah balik dari mesir…sbb payah dpt keje..amik JEQAH(x sure ejaan)

n ngaja sek rendah..aja bhs arab basic..

sgtla merugikan ilmu agama yg tggi itu tidak dapat di sampaikan kepada org lain..

n lama kelamaan..ustazah tu pun semakin lupa dgn ilmu2 nya…kecuali yg diamalkan sendirian..

(more…)

Posted on 19 August '11 by , under Info Semasa, Motivasi, Pendidikan. 4 Comments.

Ikhlaskah Aku Menjadi Guru?

Tags:, , , , , , , , , , .

Aku merenung kembali kisah silamku. Mengingati semula perjalanan hidup yang telah kulalui di muka bumi Allah yang maha luas ini. Entah mengapa Ramadhan kali ini begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata. Sering kurasakan, Ramadhan ini berkemungkinan adalah Ramadhan yang terakhir buatku, dan mengenangkan betapa cepatnya waktu berlalu, membuatkan aku merenung kembali apa yang telah ku lakukan sepanjang 11 hari Ramadhan berlalu ini. Secara tidak langsung, fikiranku turut bergerak lebih jauh dan cuba untuk mengingati setiap yang berlaku ke atas diriku sepanjang aku hidup di muka bumi.

Terimbau kenangan dahulu semasa aku berada di tingkatan lima, guru kelasku pada waktu itu ialah Ustazah Naemah.

Dia pernah mengucapkan kata-kata yang biasa buat kami, anak didiknya. Mungkin pada orang lain ia hanya kata-kata biasa tapi pada aku cukup terkesan di hati hingga ke saat ini. “Jadilah orang yang membawa manfaat kepada orang lain”. Itulah kata-katanya yang segar di hatiku hingga ke saat ini.

Aku mengingat kembali apakah manfaat yang telah kuberi setelah sekian lama aku bernafas di bumi Allah ini. Apabila difikirkan dengan mendalam, bagaikan tiada manfaat yang kuberi pada insan yang lain. Pada orang lain, mungkin kerjaya aku sebagai pendidik sangat mulia di pandangan mereka, namun pada aku ia hanya satu amanah yang harus kupikul lantaran aku menerima gaji setiap 25 haribulan.

Sering juga kesabaranku hilang sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang guru dek perangai murid-muridku yang semakin hari semakin kreatif bentuk kenakalannya. Kadang kala aku meninggikan suara kepada mereka, namun aku sering menyesali dan berfikir wajarkah aku berbuat sedemikian rupa. Aku cuba yakinkan hati bahawa apa yang ku lakukan akan mampu mengubah mereka menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Apabila pulang ke rumah, aku selalu berfikir, adakah kerjaya aku merupakan satu ibadah buat diriku? Adakah kerjaya yang dilakukanku ini aku lakukan hanya kerana khuatir gaji dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik dikira ibadah di sisi Allah? Berapakah ilmu yang kusampaikan tersemat di hati anak didikku? Dan yang paling utama, berapa ramaikah di antara mereka yang mengamalkan ilmu yang telah ku sampaikan selama ini?

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 13 August '11 by , under Motivasi, Pendidikan. 2 Comments.