UPSR: Pemangkin Kejayaan Berganda
Info Semasa, Pendidikan November 23rd, 2009
Kredit Khas: mStar Online
Aidilx ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik kita yang telah selamat menerima keputusan UPSR 2009. Tahniah kepada adik-adik kita yang berjaya mendapat 5A dalam semua subjek. Buat adik-adik yang gagal untuk mendapatkan 5A, masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki keputusan. Gagal sekali bukan bererti kita akan gagal selama lamanya. Bagi yang mendapat 5A pula, jangan leka dengan kejayaan tersebut. Ianya hanyalah satu permulaan untuk pecutan menuju kejayaan yang lebih cemerlang.
Adik Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly mungkin boleh dijadikan contoh kerana kecekalan dia menempuhi dugaan yang hebat ketika mana dia masih memerlukan dahan untuk bergantung bagi meneruskan cita-citanya. Aidilx mendoakan agar adik Siti Amynur akan terus cekal dan berusaha untuk merealisasikan impiannya sebagai seorang pensyarah, insya-Allah.
Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan, beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan.[1]
A. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam, doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan. Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita, ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat”. “Doa itu senjata orang yang beriman”, “Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa.” Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.
B. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini. Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka, namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah.”
C. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan. Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah. Sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.”
Minda Kelas Pertama
Info Semasa, Motivasi, Pendidikan November 1st, 2009
Mengapakah kita diajak untuk memiliki Minda Kelas Pertama?
Apakah kepentingannya kepada kita dan bagaimana kita mampu merubah pemikiran kita kepada Minda Kelas Pertama?
Bukan saja kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai pemikiran kelas pertama bahkan sebagai seorang Muslim kita dituntut untuk memiliki pemikiran kelas pertama. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan “Minda Kelas Pertama”?
Menyelusuri sejarah kegemilangan ketamadunan dunia bermula dengan tamadun dunia dan manusia yang telah menyaksikan lahirnya tokoh, cendekiawan dan pemimpin yang banyak memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan pembangunan manusia.
Pada zaman Greek dan Rom misalnya, wujudnya para cendekiawan dan pemimpin seperti Aristotle, Socrates, Julius Caesar, Octavious dan Marcus Tullius Cicero yang merupakan seorang negarawan dan pemidato terkenal era tersebut. Kegemilangan tamadun Islam pula bermula dengan kelahiran tokoh yang hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khulafa ar-Rasyidin, para anbiya dan para ulama agung. Disusuli pula dengan kelahiran para cendekiawan seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Al-Khawarizmi yang memainkan peranan penting dalam membentuk dan menyumbang kepada pembangunan manusia sejagat. Tokoh-tokoh yang disebutkan ini merupakan mereka yang mempunyai Minda Kelas Pertama.




