Browsing Category: "Satira"

Aduhai Pak Menteri!

Hiburan, Info Semasa, Sarawak, Satira Disember 15th, 2009

Lokasi: Bandar Sarikei

Riuh sebandar gara-gara kekurangan gula. Tokei kedai kopi pun tak senang duduk. Masakan menyajikan teh cina saja untuk pelanggannya. Itu idea gila. Golongan surirumah menjalankan misi “Mesti Berjaya” untuk mencari gula. 1kg pun jadilah. Penuh harapan.

Makcik X: susah nar juak sikda gula tok.

Makcik Y: Kedei nun tadik jual 2kg sorang jak. Ney cukup!

Makcik Z: Sebbait ku nyimpan stok gula ariya. Sik nyaman nar juak minum sikda gula.

Supermarket serba salah. Mencari untung dalam kesempitan strategi utama. Menurut risikan yang dilakukan pagi tadi, bekalan gula akan sampai isnin nanti.

Percaturan: 1kg (RM1.80+RM0.40 = RM2.40)

RM2.40 x 1guni (100peket) x 100guni = RM24000

Mana Pak Menteri?

Aduh! Hampir saya terlupa. Rupanya Pak Menteri mungkin sedang menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan mereka yang mendapat bini baru yang putih gebu (masih dirahsiakan demi menjaga hati, konon!). Alangkah baiknya kalau saya ada direktori telefon bimbit setiap menteri di Malaysia ini. Mustahil. Saya bukan Sajirul mahupun Azilah. Saya bukan ejen risikan khas.

Pak Menteri, kalau kamu terbaca blog marhaen ini ingin saya war-warkan bahawa kami di sini mengalami krisis gula yang serius. Sumpah! Ini memang serius. Kami sudah diambang kopi pekat Pak Belalang; pahit pekat kelat tanpa gula!

Kaji Selidik Keji!

Info Semasa, Politik, Satira November 29th, 2009

pancut!

Iklan ini saya temui di laman Facebook.

Apakah faedah yang boleh didapati daripada kaji selidik tersebut?
Apakah ada keperluan mendesak yang menyebabkan kaji selidik ini dijalankan?

Mengapa tidak diadakan kaji selidik secara besar-besaran dan terang-terangan seperti berikut:

  1. Perlukah Tok Guru MELETAK JAWATAN dek kelancangannya melaknat Najib?
  2. Perlukah Saiful BERSUMPAH untuk menyatakan bahawa duburnya telah dimasuki oleh zakar Anwar?
  3. Perlukah blog dipenuhi oleh iklan PANCUT dan MEMANCUTKAN SUAMI/ISTERI bagi menambahkan pendapatan maya?
  4. Perlukah KAFA dihukum dengan MEMBAYAR GANTI RUGI sedangkan yang membakar stadium adalah penonton Kelantan?
  5. Perlukah Aidilx.com DITUTUP kerana sudah tidak relevan setelah drama Nur Kasih usai ditayangkan diTV3?

Mentibang vs Gonggok

Aidilx, Motivasi, Satira Oktober 27th, 2009

Saya ada kemusykilan ini.

Tolong buktikan kepada saya bahawa mentibang dan gonggok dua entiti berbeza ataupun entiti yang sama. Sila sertakan bahan buktinya sekali. Bukti yang mencarut dan tidak soheh, sama sekali tidak akan dilayan.

Pemenang yang berjaya merungkai kemusykilan saya ini akan dihadiahkan topup bernilai RM30.

Related Posts with Thumbnails
blank