Tags:Afghanistan, Al-Qaeda, Amerika Syarikat, Osama Bin Laden, Osama Laden, Pakistan, US.

Sang Tarantula
(Apologi Buat Osama Bin Laden)
perlukah kehidupan dikorbankan
atas nama kedamaian sejagat
sedang Afghanistan terus sengsara
selaksa saldadu menjadi hantaran
untuk keteguhan
White House kemaruk memburu Osama
nyawa terlalu murah
antara maruah dan kepercayaan
kulihat segalanya bertebaran
oleh permainan politik
manis dalam tepukan bala sekutu
lelaki yang pergi itu
meninggal sekian banyak tragis
amerika membentuk takdirnya
senda yang sering sungguhan
hari ini
aku tidak tersentuh pada rebutan media
tidak juga pada mitos yang diperdagangkan
kerana yang benar baginya
adalah perjuangan kembali menegakkan
kalimah LA ILAHA ILL-ALLAH
Aidilx
Lembah Kabul

Ehsan foto: Kosmo
Lokasi: Pejabat
4.30 petang, sudah ramai yang berkira-kira mau meninggalkan opis. Final bola sepak Sukan SEA, katanya.
Dalam hati mula rasa terkilan. Persetan. Tonton saja ulasan di slot sukan TV3.
Lokasi: Rumahku Sorgaku
Sampai di rumah, lintas langsung perlawanan tersebut belum bermula. Lega. Dilema pula memilih siaran tv untuk diikuti. Lebih baik mengikuti ulasan di TV2. Pak Hasbol lebih profesional dalam membuat ulasan sukan. Tidak kaku berbanding pengulas sukan yang baru setahun jagung. Itu pendapat peribadi.
Sepak mula sudah bermula. (Kueh cakar ayam dan air kotak perisa ice lemon tea menjadi penaja rasmi sepanjang tempoh 90minit+masa tambahan)
Secara kasarnya, saya melihat corak permainan pasukan Malaysia sudah jauh berubah. Mungkin, chemistry di antara pemain yang membolehkan mereka mampu memberikan kerjasama yang terbaik di padang. Kita akur bahawa Vietnam memiliki kekuatannya tersendiri apatah lagi kalau dibandingkan melalui ranking di AFC mahupun dunia; mereka agak jauh meninggalkan kita.
Pujian seharusnya diberikan secara mutlak kepada Rajagopal dan para pemain; bukan pihak pengurusan! Ini hanyalah permulaan kepada langkah yang lebih jauh. :neo:
Posted on 17 December '09 by Aidilx, under Info Semasa, Satira, Sukan. No Comments.
Lokasi: Bandar Sarikei
Riuh sebandar gara-gara kekurangan gula. Tokei kedai kopi pun tak senang duduk. Masakan menyajikan teh cina saja untuk pelanggannya. Itu idea gila. Golongan surirumah menjalankan misi “Mesti Berjaya” untuk mencari gula. 1kg pun jadilah. Penuh harapan.
Makcik X: susah nar juak sikda gula tok.
Makcik Y: Kedei nun tadik jual 2kg sorang jak. Ney cukup!
Makcik Z: Sebbait ku nyimpan stok gula ariya. Sik nyaman nar juak minum sikda gula.
Supermarket serba salah. Mencari untung dalam kesempitan strategi utama. Menurut risikan yang dilakukan pagi tadi, bekalan gula akan sampai isnin nanti.
Percaturan: 1kg (RM1.80+RM0.40 = RM2.40)
RM2.40 x 1guni (100peket) x 100guni = RM24000
Mana Pak Menteri?
Aduh! Hampir saya terlupa. Rupanya Pak Menteri mungkin sedang menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan mereka yang mendapat bini baru yang putih gebu (masih dirahsiakan demi menjaga hati, konon!). Alangkah baiknya kalau saya ada direktori telefon bimbit setiap menteri di Malaysia ini. Mustahil. Saya bukan Sajirul mahupun Azilah. Saya bukan ejen risikan khas.
Pak Menteri, kalau kamu terbaca blog marhaen ini ingin saya war-warkan bahawa kami di sini mengalami krisis gula yang serius. Sumpah! Ini memang serius. Kami sudah diambang kopi pekat Pak Belalang; pahit pekat kelat tanpa gula!

Posted on 15 December '09 by Aidilx, under Info Semasa, Satira. No Comments.