Archive for 'Satira'

Mari Menanam Bakti {Updated}

Poyo je kan bunyi entri kali ini. Ni entri sekadar melepas gian aku nak menulis. Sebenarnya, banyak lagi benda aku nak tulis. Oleh kerana, Celcom Berokband aku di dalam keadaan kritikal, satu hapah pun tak dapat dibuat melainkan berfungsi untuk pembacaan saja, jadi aku ambil sedikit masa di ofis untuk menulis entri merapu kali ini.

Mengapa menanam bakti? Meh aku nak ceritakan kisah benar hari ini. Tengahari tadi, masa makan tiba-tiba asap hitam berkepul-kepul di udara. Aku buat tak endah. Aku sangka mamat-mamat kontraktor membakar kayu-kayu di blok bangunan berhadapan dengan opis aku. Masih kool.

Asap makin tebal. Hitam pekat. Wah! Lain macam ini. Ni bukan pembakaran terbuka dah tapi konpom ada kebakaran dikawasan berdekatan.

Masih kool lagi. Masih berselera meratah saki baki makanan. Kakak kedai makan dah bising-bising. Tokei kedai pun dah mula kecoh. Aku tengok juga perkembangan asap tu. Tak dapat nak dijangka kebakaran tu kat mana. Aku ambil handphone, terus dial no telefon Bomba S*r*k*i.

(more…)

Posted on 4 March '09 by , under Aidilx, Motivasi, Sarawak, Satira. 16 Comments.

Celcom: Aku Merana!

Hampir seminggu lebih, aku tak dapat nak login ke akaun WordPress mahupun mana-mana forum.  Gara-gara Celcom Broadband yang aku guna sekarang di paras syilaka betul! Tensen! Bukan sengaja aku nak menyumpah camni tetapi berbaloi ke aku bayar kalau perkhidmatan tak setimpal dengan bayaran yang dicaj?

Ingat tak entri aku tentang Celcom Berokband tempohari? Bukan takat keluhan daripada aku saja malah pengguna Celcom Broadband yang lain. Apa nak jadi ni, Celcom? Aku ingatkan boleh sokong syarikat kepunyaan MELAYU dengan melanggan perkhidmatan jalur lebar yang diwar-war hebat! Sayang seribu kali sayang, apa bezanya dengan yang lain kalau perkhidmatan yang dikatakan hebat hanyalah “indah khabar dari rupa“. Sakit hati! :cry:

Kepada yang singgah ke blog Aidilx, tinggalkan pesanan di Msjbox mahupun dibahagian komen, aku sesungguhnya nak minta maaf kerana tak dapat nak melayan hangpa. Terima kasih kerana sudi menyinggah ke blog yang masih serba kekurangan. Oleh kerana Celcom Broadband aku masih bermasalah jadi banyak perancangan yang aku nak buat untuk blog ini tertunda. Dan, aku sendiri hanya mampu jadi pembaca saja!

Haruskah aku terminate Celcom Broadband seperti mana aku terminate DIGI Broadband dulu? Aku benci perkhidmatan yang lembab! Sungguh menyusahkan! :mad:

Posted on 2 March '09 by , under Aidilx, Blog, Info Semasa, Satira, Zon Teknologi. 16 Comments.

e-Permainan: Hilangkan Tekanan Kerja

Ada masanya kita perlukan sesuatu untuk meluahkan segala tekanan yang kita hadapi.  Pepatah Inggeris ada mengatakan, “All work and no play makes Jack a dull boy“. Sebab itu, disarankan kita ambil sedikit masa untuk beriadah hatta hangpa di depan PC sekalipun.

Jadi, hari ini Aidilx nak berkongsi e-permainan yang boleh membantu hangpa untuk mengusir kebosanan ataupun tekanan di masa kerja.

Aidilx_The RobinHood

Bowman 2
Permainan yang boleh dimainkan sama ada melawan komputer atau bersama kawan-kawan.  Intipati e-permainan ini, ianya mengajak kita menembak musuh kita seperti  Robin Hood yang selalu digambarkan dengan kehebatan memanah dengan tepat. Kesulitannya terletak pada menentukan kekuatan dan darjah kecondongan saat anda melepaskan panahan.

The Helicopter Game
Pengawalan e-permainan ini agak senang kerana hanya memerlukan anda klik kiri ditetikus anda. Kesulitannya terdapat pada bagaimana caranya agar helikopter anda tidak merempuh dinding ataupun tanah. Sangat mencabar dan bisa membuatkan anda terlena dan melupakan  pekerjaan.

Aidilx_Dirt_Biker

Max Dirt Bike
e-Permainan yang Aidilx rasa paling menarik kerana memberikan kesulitan dan permainan yang mencabar dalam menghadapi rintangan sebanyak 19 peringkat. Dan, permainan ini akan membuatkan anda rasa teruja untuk menjadi seorang Dirt Biker .

Nota Aidilx: Forumer di Jomlayan memang pantang nampak e-permainan terutama sekali Joaquin & Zaceye. Apa-apa pun, selamat mencuba untuk semua! Hidup Biar Segar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 17 February '09 by , under Blog, Satira, Zon Teknologi. No Comments.