Browsing Category: "Teknologi"

Pingo MyDeskFriend: Menemani Anda Semasa Ber’Facebook’

Info Dunia, Info Semasa, Teknologi Disember 12th, 2009

mydeskfriend

Meladeni Facebook seharian sememangnya boleh mendatangkan keseronokan kepada kita. Namun, ada masanya aktiviti ini menjadi bosan apatah lagi terpaksa menghabiskan masa kita sendirian di bilik.

Oleh itu, MyDeskFriend adalah sebuah robot Penguin  (dinamakan sebagai Pingo) telah direka khas untuk membuatkan aktiviti ber’Facebook‘ kita menjadi lebih menyeronokkan. Robot ini sememangnya dicipta untuk para penggemar Facebook kerana kebanyakan fungsinya dicipta untuk digunakan semasa ber’Facebook‘.

mydeskfriend_2a

Robot ini juga boleh membaca status terkini yang ada di Facebook kita melalui suara robotnya yang lucu; di samping memberitahu kita bila saat kita di “Poke“, teman yang “log-in” dan banyak lagi. Selain berfungsi di Facebook, MyDeskFriend juga boleh memberitahu anda apabila terdapat emel masuk, pemberitahuan masa dan keadaan cuaca.

mydeskfriend_3a

Tambahan lagi, kita juga boleh mengajar si Pingo ini untuk menyanyi dan sebagainya. Janji bukan mengajar dia mencuri, ye kawan-kawan! :)

Menurut sumber, MyDeskFriend ini sudah mula dijual pada bulan September lepas dengan harga sekitar US$99 (RM338.50). Jadi, kepada mereka yang berkenan dengan gajet ini bolehlah membeli secara online di MyDeskFriend.

mydeskfriend_4a

Si Pingo ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah terutamanya kaki-kaki gajet (teknologi). Nak tunggu tahun depan ada tak orang hadiahkan Si Pingo ini untuk saya. :kiss:

Cacah Mata

Info Dunia, Info Semasa, Teknologi Julai 17th, 2009

eye tattoo

Kemajuan teknologi memungkinkan dilakukannya tatu pada hampir semua bahagian tubuh dan tidak terkecuali pada bahagian mata kita! Tatu mata ini dilakukan oleh Pauly Unstoppable dan Josh serta Shannon Larat.

Tatu Mata 2

Read the rest of this entry »

Gundam Untuk Kaum Hawa

Info Semasa, Teknologi Julai 9th, 2009

pinkgundam_3

pinkgundam_61

Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa kebanyak penggemar robot Gundam didominasikan oleh kaum Adam. Namun, ianya tidak lagi dicipta untuk kaum Adam sahaja bahkan telah tercipta robot Gundam untuk kaum Hawa.

Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails
blank