Aidilx.com™ » Zon Teknologi

ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975
Asteroid 433 Eros seperti yang dilihat oleh kapal angkasa NEAR NASA pada 29 Februari 2000. (NASA/JPL/JHUAPL)

Pada 31 Januari 2012, asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7.   Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak tahun 1975, dan ia juga tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah pada tahun 2056.

Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.  Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya berbentuk bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh.  Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.

Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria. Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid  yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.

Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari 2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU.  Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.

Sumber: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Status Terkini: Fenomena Ribut Geomagnetik
Fenomena ribut solar atau geomagnetik ini akan dikemaskini setiap hari untuk makluman kepada pembaca Aidilx.com. Semoga informasi ini membawa manfaat kepada kita, insya-Allah.

[30 Januari 2012]

[29 Januari 2012]

[28 Januari 2012]

Fenomena Ribut Geomagnetik
Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan CME telah dilaporkan berlaku di permukaan Matahari pada 23 Januari 2012 yang dikesan melalui satelit khas pemantauan Matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA. Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di Bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT [jam 23:00 Waktu tempatan].

LATAR BELAKANG

Matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm). Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle). Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera Bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio  dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik Bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan Bumi. Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 boleh menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada Bumi dan aktiviti berkaitan. Satu jawatankuasa bersama antara Agensi ANGKASA Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.

Menurut laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) hari ini (25 Jan 2012), skala ribut Geomagnetik yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3 semalam, dan ianya tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di Bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman juga, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat. Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan.

Status terkini Fenomena Ribut Geomagnetik

[26 Januari 2012]

[27 Januari 2012]

Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) di sekitar kutub utara Matahari. Walaubagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi.

Foto Matahari Bergelora 2011

Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. [Al-Hijr: 15:85]

Kredit kepada Karzaman,  LNO, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) & Falak Online

Titipan Untuk Si Penggodam Malaya
Saya fikirkan tuan pengodam bijak pandai hanya memberi fokus kepada belog yang terkenal. Malangnya, congakan saya agak tersasar. Hampir saja terjelepok dari kerusi usang saya apabila mendapati Aidilx.com ini tersenarai di antara belog yang bakal digodam.

Aidilx.com ini bukan belog terkenal, tuan pengodam. Belog ini hanya tempat saya mendendangkan dendangan canggung dari jiwa yang sering berantakan. Kalau mencari kepuasan & glamor, belog ini bukan tempatnya tuan. Kedatangan pengunjung untuk membaca artikel di sini pun hanya berapa kerat saja. Jadi, apa kepuasan yang tuan dapat kalau menggodam belog picisan ini? Nil.

Tuan penggodam, bijak itu bukan untuk dibinasakan dengan jari. Bijak itu harus digunapakai untuk kebaikan manusia sejagat. Saya doakan semoga tuan penggodam dan rakan-rakan cukup-cukuplah menganiayai diri sendiri kerna setiap ilmu itu akan diperhitungkan kelak.

Pingo MyDeskFriend: Menemani Anda Semasa Ber’Facebook’
Meladeni Facebook seharian sememangnya boleh mendatangkan keseronokan kepada kita. Namun, ada masanya aktiviti ini menjadi bosan apatah lagi terpaksa menghabiskan masa kita sendirian di bilik.

Oleh itu, MyDeskFriend adalah sebuah robot Penguin  (dinamakan sebagai Pingo) telah direka khas untuk membuatkan aktiviti ber’Facebook‘ kita menjadi lebih menyeronokkan. Robot ini sememangnya dicipta untuk para penggemar Facebook kerana kebanyakan fungsinya dicipta untuk digunakan semasa ber’Facebook‘.

Robot ini juga boleh membaca status terkini yang ada di Facebook kita melalui suara robotnya yang lucu; di samping memberitahu kita bila saat kita di “Poke“, teman yang “log-in” dan banyak lagi. Selain berfungsi di Facebook, MyDeskFriend juga boleh memberitahu anda apabila terdapat emel masuk, pemberitahuan masa dan keadaan cuaca.

Tambahan lagi, kita juga boleh mengajar si Pingo ini untuk menyanyi dan sebagainya. Janji bukan mengajar dia mencuri, ye kawan-kawan! :)

Menurut sumber, MyDeskFriend ini sudah mula dijual pada bulan September lepas dengan harga sekitar US$99 (RM338.50). Jadi, kepada mereka yang berkenan dengan gajet ini bolehlah membeli secara online di MyDeskFriend.

Si Pingo ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah terutamanya kaki-kaki gajet (teknologi). Nak tunggu tahun depan ada tak orang hadiahkan Si Pingo ini untuk saya.

Jomhosting: Amaran Lagi!
Surat cinta dari pihak Jomhosting

Rupa-rupanya, ini merupakan faktor utama yang menyebabkan Aidilx.com payah untuk diakses pagi tadi. Kebetulan, hari ini adalah tarikh yang sama di mana Aidilx.com digantung perkhidmatannya sebulan yang lepas.

Paling malangnya, baru petang ini aku berkesempatan membaca nota amaran dari pihak Jomhosting. Buat kali kedua, aku dikenakan amaran sebegini oleh pihak pentadbir Jomhosting. Amaran pertama dahulu pun disebabkan faktor yang sama, penggunaan server yang melebihi had. :aie:

Plug-in untuk Aidilx.com

Disebabkan amaran dari pihak Jomhosting ini dulu, aku terpaksa gugurkan sebahagian plug-in yang aku gunakan di Aidilx.com walaupun sebenarnya plugin tersebut sangat membantu aku dalam mempromosi Aidilx.com. Setelah membuat rayuan kepada pentadbir Jomhosting, blog aku dilepaskan. Dan, kali ini surat amaran dari pihak Jomhosting datang lagi :( Buat sekian kalinya, aku terpaksa menggugurkan lagi sebahagian plug-in yang aku gunakan untuk Aidilx.com sekarang bagi menggelakkan Aidilx.com disenarai hitamkan.

Kalau diperhatikan berdasarkan gambar di atas, adakah Aidilx.com memang penyumbang kepada masalah server Jomhosting? Adakah aku tamak kerana semahu-mahunya memasukkan plug-in ke server akaun Aidilx.com tanpa memikirkan plug-in tu benar-benar perlu untuk Aidilx.com? Adakah aku perlu memastikan Aidilx.com meminimakan plug-in seminima yang mungkin; Akismet, WordPress Thread Comments, Pagenavi dan Wp-Recent Comments saja?

Aku paham T.O.S yang admin Jomhosting maksudkan. Rasanya, ada blog yang menggunakan hosting di Jomhosting lebih banyak menggunakan ruang storan dan CPU server. Adakah mereka turut digantung perkhidmatannya seperti Aidilx.com? Di Aidilx.com tidak menawarkan sebarang aplikasi muat turun MP3, TV Online dan sebagainya. Aidilx.com hanya blog yang mengeluarkan entri kosong dengan tambahan sedikit gambar untuk memperkemaskannya. Mencari rezeki dengan memaparkan sedikit iklan berbayar. Saudara-saudari, adakah ini mampu menyumbang kepada penjahanaman server Jomhosting?

Aku rasa pentadbir Jomhosting sendiri sedia maklum bahawa pengguna plug-in seperti All in One SEO amat berguna bagi menarik pembaca ke blog lebih-lebih lagi blog baru tumbuh tunas seperti Aidilx.com. Lainlah, kalau Aidilx.com seperti blog saudara Megat, KNizam, Khai, Sultan Muzaffar, Kak Red dan lain-lain. Makanya, aku tidak perlu risau tentang jumlah pembaca ke blog kerana secara automatis pembaca setia akan tetap berkunjung ke blog mereka.

Namun, Aidilx.com bukan gah seperti blog mereka. Blog ini baru je beroperasi.  Tapi, tak apalah. Lagi pun, tanpa plug-in tersebut Aidilx.com masih mampu nak beroperasi, kan?  Sekarang ini ibaratnya Aidilx.com perlu bertindak sebagai blog biasa seperti mana blog yang menggunakan platform percuma di Blogspot.com atau WordPress.com. Isk! {Istighfar kejap. Syaitan dah berkerumun dalam jiwa aku ni. Rasa nak menyumpah-nyumpah! :p }.

Tak lama lagi kedai rasmi bagi Royale-Glam akan dilancarkan. Kedai online ini juga menggunakan hosting yang sama: Jomhosting. Permasalahannya, aku takut Royale-Glam menerima nasib seperti Aidilx.com. Andai kata benda ni berlaku, sedikit sebanyak akan menjejaskan Royale-Glam. Harap-harapnya, perkara ini tidak berlaku. Sekiranya berlaku, nampak gayanya Aidilx.com dan Royale-Glam kena cari alternatif lain.

Sebenarnya, aku malas nak bising pasal ini cuma rasa ralit & kelat di dalam jiwa. Umpamanya Aidilx.com penyumbang utama kepada kerosakan server di masa akan datang. Mak terasa tau, nok :choler: ! Untuk itu, aku dah ushar beberapa laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan hosting. Setakat ini, DataKl, Mercumaya dan Fivio diletakkan di dalam senarai menunggu.

Aku tak nak MesraHosting kerana aku tau hosting ini juga sering menimbulkan masalah. Exabytes? Bagi aku, agak mahal. Tetapi, aku rasa perkhidmatan yang mereka sediakan mampu memuaskan hati pelanggan. Bagi korang yang menggunakan hosting dari syarikat-syarikat yang aku sebutkan tu, harap boleh kongsikan pengalaman hangpa dengan aku.

Sejujurnya, masa ini aku tengah bengang. Mungkin, langkah drastik aku ambil selepas ini; terminate perkhidmatan hosting Aidilx.com di Jomhosting. Atau, aku seharusnya bersabar untuk seketika. Kontrak aku bersama Jomhosting tamat bulan Disember ini. Rasa sayang pula nak terminate walaupun di dalam kontrak ada dinyatakan 30 Days Money Back Guarantee! Pembayaran bukanlah soal utama tetapi yang aku tekankan adalah dari segi kualiti perkhidmatan.

Untuk itu, buat masa ini rasanya aku tenangkan diri sambil-sambil melihat sejauh mana masalah ini berterusan. Andai keadaan terdesak dan Aidilx.com diasak lagi dengan permasalahan sebegini, maka tiba masanya untuk satu transformasi. Perlu aku pertegaskan, jangan ada yang tersalah tafsir tentang entri aku kali ini. Bukannya bersifat menghambur pasir ke periuk nasi Jomhosting, jauh sekali memburuk-burukkan Jomhosting. Entri ini ditulis atas dasar kekesalan di atas kekhilafan yang mungkin berpunca dari aku sendiri ataupun sebaliknya. Aku paham mereka pun berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Cuma, aku rasa sedikit kesal. Aku masih syorkan kepada penulis blog yang teringin mempunyai hosting dan domain sendiri, cubalah Jomhosting. Murah. :)

Gaming: Window Vista vs Window 7
Adakah anda masih tercari-cari Operating System (O.S) yang terbaik untuk permainan komputer anda? Extremetech telah melakukan ujikaji yang boleh menghilangkan kebimbangan anda bagi mengetahui OS manakah yang terbaik untuk digunakan dalam permainan komputer sama ada Windows 7 ataupun Windows Vista.

Ujikaji ini dilakukan dengan menggunakan Processor Core i7 dengan memori 3GB Triple Channel dan Window 7 Beta 7000. Manakala, untuk kad grafik yang diuji adalah Nvidia GeForce GTX 285 dan GeForce 9800 GTX+ dan ATI Radeon HD 4870×2 serta Radeon HD 4850. Semua perkakasan ini telah digunakan bagi menguji permainan komputer, daripada Crysis sehinggalah ke Left 4 Dead. :bloody:

Hasilnya? Hasil yang dilakukan melalui ujikaji berkenaan telah menunjukkan bahawa kedua-dua OS tersebut mempunyai kemampuan yang setara. Adakalanya, Vista mendahului Window 7 dan sebaliknya. Oleh itu, anda tidak lagi perlu khuatir sekiranya sewaktu anda bermain permainan komputer, prestasinya akan menurun apabila menggunakan Window 7.

Berita baiknya, kemungkinan besar di masa hadapan Window 7 akan mampu mengatasi Vista. Lagi pula, Window 7 yang digunakan sekarang masih lagi berada dalam versi Beta. :)

USB Di Hujung Jari Anda
Akibat daripada satu kecelakaan jalanraya, Jerry telah kehilangan jarinya. Namun begitu, seorang doktor telah menjalankan exprementasi ke atas jarinya dengan memasang USB Drive 2GB pada jari palsu yang dibuatkan khas untuknya.

Impak daripada kemalangan jalanraya yang dialaminya pada bulan Mei 2008, Jerry telah kehilangan jari manisnya. Namun, apa yang sangat mengujakan adalah apabila doktor mendapat tahu Jerry merupakan seorang hacker. :[

Justeru itu, doktor tersebut telah menyarankan kepada Jerry untuk menanam atau memasang sebuah USB drive pada jari buatan yang direka khas untuknya. Nah! Kini, Jerry tidak perlu lagi membawa sebarang jenis USB kerana Billix Linux Distribution sentiasa setia menemaninya ke mana-mana sekaligus memudahkannya menjalankan aktiviti hackingnya seperti biasa. :)

Sememangnya, ianya bukan satu khayalan lagi kerana Jerry sudah membuktikannya. Dan, kecacatan mahupun kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah kekangan utama untuk kita meneruskan kehidupan. Sesungguhnya, setiap ujian ataupun dugaan yang menimpa kita sudah pasti akan ada hikmahnya.

Jomhosting: Server Baru!
Aku baru berkesempatan membaca semua emel-emel di Gmail. Tak sangka, rupa-rupanya pihak Jomhosting sedang melakukan perpindahan server ke lokasi baru tetapi masih di Cyberjaya. Minta maaf kepada pengunjung blog Aidilx.com yang tidak dapat mengakses ke blog ini disebabkan masalah teknikal tersebut.

Memang ada sedikit masalah yang aku hadapi sekarang, tetapi aku rasa masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak pentadbir Jomhosting. Aku masih berpuas hati dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak Jomhosting walaupun ada masanya aku rasa nak berpindah ke hosting lain. :beurk:

Kepada yang masih tercari-cari hosting untuk blog anda, bolehlah mencuba Jomhosting. Bayaran tahunan yang agak murah, sudah tentu ianya berbaloi kepada pemilik dan blog sekaligus. Dengan server yang sudah dinaiktaraf ke server baru, rasanya Jomhosting mampu memberikan kepuasan anda dalam berblogging. 8)

Notebook Doraemon Dari Kurokids
Baru beberapa hari lepas, Aidilx menulis satu entri tentang Doraemon. Masih adakah rakyat Malaysia yang tidak mengenali Doraemon? Agak mustahil jika ada yang masih tidak mengenali Doraemon di Malaysia. Tetapi, itu bukanlah persoalan utama. Tahukah anda bahawa sebuah perusahaan di Jepun, Kurokids telah melancarkan sebuah komputer riba yang bertemakan satu karektor dalam siri Doraemon.

Komputer riba ini tidak dikeluarkan dengan banyak seperti mana komputer riba yang lain kerana pihak Kurokids hanya mengeluarkannya sebanyak 800 unit saja. Tambahan lagi, komputer riba Doraemon ini dijual dengan harga USD487 atau RM1798 seunit. Jadi, harganya tidaklah jauh berbeza dengan harga komputer riba biasa. Kiranya, komputer riba ini boleh diklasifikasikan sebagai komputer riba MAMPU BELI. Selain itu, komputer riba ini juga disertai dengan pemegang yang agak unik dengan wajah Doraemon menghiasinya. Menarik bukan? :D