Archive for 'Zon Teknologi'

Titipan Untuk Si Penggodam Malaya

Tags:, , , , , .

Saya fikirkan tuan pengodam bijak pandai hanya memberi fokus kepada belog yang terkenal. Malangnya, congakan saya agak tersasar. Hampir saja terjelepok dari kerusi usang saya apabila mendapati Aidilx.com ini tersenarai di antara belog yang bakal digodam.

Aidilx.com ini bukan belog terkenal, tuan pengodam. Belog ini hanya tempat saya mendendangkan dendangan canggung dari jiwa yang sering berantakan. Kalau mencari kepuasan & glamor, belog ini bukan tempatnya tuan. Kedatangan pengunjung untuk membaca artikel di sini pun hanya berapa kerat saja. Jadi, apa kepuasan yang tuan dapat kalau menggodam belog picisan ini? Nil.

Tuan penggodam, bijak itu bukan untuk dibinasakan dengan jari. Bijak itu harus digunapakai untuk kebaikan manusia sejagat. Saya doakan semoga tuan penggodam dan rakan-rakan cukup-cukuplah menganiayai diri sendiri kerna setiap ilmu itu akan diperhitungkan kelak.

Posted on 20 June '11 by , under Blog, Info Semasa, Zon Teknologi. 5 Comments.

Pingo MyDeskFriend: Menemani Anda Semasa Ber’Facebook’

Meladeni Facebook seharian sememangnya boleh mendatangkan keseronokan kepada kita. Namun, ada masanya aktiviti ini menjadi bosan apatah lagi terpaksa menghabiskan masa kita sendirian di bilik.

Oleh itu, MyDeskFriend adalah sebuah robot Penguin  (dinamakan sebagai Pingo) telah direka khas untuk membuatkan aktiviti ber’Facebook‘ kita menjadi lebih menyeronokkan. Robot ini sememangnya dicipta untuk para penggemar Facebook kerana kebanyakan fungsinya dicipta untuk digunakan semasa ber’Facebook‘.

mydeskfriend_2a

Robot ini juga boleh membaca status terkini yang ada di Facebook kita melalui suara robotnya yang lucu; di samping memberitahu kita bila saat kita di “Poke“, teman yang “log-in” dan banyak lagi. Selain berfungsi di Facebook, MyDeskFriend juga boleh memberitahu anda apabila terdapat emel masuk, pemberitahuan masa dan keadaan cuaca.

mydeskfriend_3a

Tambahan lagi, kita juga boleh mengajar si Pingo ini untuk menyanyi dan sebagainya. Janji bukan mengajar dia mencuri, ye kawan-kawan! :)

Menurut sumber, MyDeskFriend ini sudah mula dijual pada bulan September lepas dengan harga sekitar US$99 (RM338.50). Jadi, kepada mereka yang berkenan dengan gajet ini bolehlah membeli secara online di MyDeskFriend.

mydeskfriend_4a

Si Pingo ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah terutamanya kaki-kaki gajet (teknologi). Nak tunggu tahun depan ada tak orang hadiahkan Si Pingo ini untuk saya. :kiss:

Posted on 12 December '09 by , under Info Dunia, Info Semasa, Zon Teknologi. 3 Comments.

Jomhosting: Amaran Lagi!

jomhosting_amaran

Surat cinta dari pihak Jomhosting

Rupa-rupanya, ini merupakan faktor utama yang menyebabkan Aidilx.com payah untuk diakses pagi tadi. Kebetulan, hari ini adalah tarikh yang sama di mana Aidilx.com digantung perkhidmatannya sebulan yang lepas.

Paling malangnya, baru petang ini aku berkesempatan membaca nota amaran dari pihak Jomhosting. Buat kali kedua, aku dikenakan amaran sebegini oleh pihak pentadbir Jomhosting. Amaran pertama dahulu pun disebabkan faktor yang sama, penggunaan server yang melebihi had. :aie:

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Posted on 21 March '09 by , under Aidilx, Blog, Zon Teknologi. 42 Comments.