Selamat Hari Pekerja 2011

Bekerja adalah IBADAH.١

Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah yang perlu memakmurkan bumi. Dengan adanya akal dan jasad yang cukup sempurna, maka manusia dipilih oleh Allah untuk mentadbir urus bumi ini. Kehadiran manusia ke bumi sejak Nabi Adam a.s disebabkan ciri-ciri kesempurnaan yang ada pada manusia berbanding makhluk Allah yang lain. Bekerja adalah satu tugasan utama manusia dalam memenuhi keperluan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Islam juga memandang kerja itu sebagai satu tugas yang mulia kerana mampu mengangkat martabat diri dan bernilai dimata Allah SWT serta makhluknya.

Justeru itu, Islam menegaskan bahawa bekerja merupakan kewajipan yang setara dengan ibadah. Pada pandangan Allah SWT, manusia yang bekerja keras lebih baik daripada manusia yang hanya melakukan ibadah (misalnya hanya berdoa) tanpa mahu berusaha mencari rezeki dan memperbaiki diri. Oleh itu, orang yang pasif atau malas mencari kerja ini sama sekali tidak akan menyedari bahawa mereka kehilangan sebahagian harga dirinya dan potensi diri sehingga mengakibatkan individu tersebut menjadi kurang efisien serta efektif.

Kalau kita intai sejarah atau pandangan Tamadun Greek dan Rom, pekerjaan dipandang hina kerana mereka menganggap bahawa melakukan pekerjaan itu banyak memerlukan tenaga berbanding penggunaan akal fikiran. Pada mereka, rakyat yang baik tidak lahir dari golongan pekerja! Berbeza dengan pandangan Islam yang mana Islam menetapkan bahawa usaha untuk mencari rezeki halal adalah fardhu ain. Di samping itu, Islam telah memperuntukkan atau menggubal perundangan yang terperinci dan menyeluruh berkaitan dengan pekerjaan yang dikenali dengan muamalat iaitu berkaitan dengan bidang syarikat perniagaan, mudbah, kontrak dan sebagainya.

Oleh itu, pekerjaan adalah dorongan yang terhasil daripada kehendak naluri manusia yang ingin memajukan diri sendiri, keluarga dan masyarakatnya. Baik buruknya atau halal haramnya sesuatu pekerjaan adalah bergantung kepada niat individu tersebut. Andai kita bekerja demi memperbaiki masa depan untuk menjadi insan yang lebih baik maka pekerjaan itu baik dan halal. Sebaliknya, pekerjaan yang hanya disandarkan kepada objektif untuk mencari harta dan memperkayakan diri sendiri, maka wajiblah kita jauhinya.

Bekerja dengan CINTA.٢

Bekerjalah dengan penuh rasa cinta kerna pekerjaan yang dilakukan dengan sepenuh rasa kecintaan dan minat akan mampu memberikan impak kepada diri sendiri mahupun organisasi tersebut. Semoga kecintaan kita pada pekerjaan kita (yang baik dan halal) akan mampu menjadikan kita manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat, insya-Allah.

Bila engkau bekerja dengan cinta
Itu berarti engkau menenun dengan sutra dari hatimu
seakan kekasihmu sendiri yang mengenakannya.
Itu berarti engkau menabur dalam kelembutan, memetik dengan sukacita,
seakan kekasihmu sendiri yang menikmatinya di meja perjamuan.
Kerja adalah cinta yang nyata, kasih yang tampak.
Dan jika engkau tak bisa bekerja dengan cinta, tetapi dengan keengganan,
maka baiklah bagimu meninggalkan ruang kerjamu,
dan duduk di pinggir jalan sambil mengemis sedekah.
Sebab jika engkau bekerja sambil bersungut-sungut,
sebenarnya engkau tengah menabur racun ke dalam adonan rotimu.
Dan jika engkau bekerja setengah hati,
sebenarnya engkau tengah membuat roti busuk yang membuat sakit perut.
Dan jika engkau menyanyi seindah lagu bidadari,
tetapi jika engkau berdendang tanpa cinta,
maka tembangmu hanya membuat bising telinga orang saja.

~Kahlil Gibran~

Selamat Hari Pekerja 2011 buat rakan seperjuangan di sektor awam dan swasta!


Ditulis pada 1 May '11 oleh | 69 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Info Semasa, Motivasi | 2 Komen.

CINTA: Wanita sumber dosa lelaki yang MENYINTAINYA!

“Cintalah cinta yang dihati,
Itu cinta yang sejati.
Cinta di mata cinta palsu.”

‘CINTA’ adalah suatu perkataan yang tidak asing lagi kepada manusia. Manusia tidak boleh lari dari perasaan mencintai ataupun dicintai oleh seseorang. Cinta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan.

Manusia tidak boleh lari dari masalah cinta ini. Tetapi tahukah kita, apa dia hakikat cinta yang sebenar. Pada siapa hendak meletakkan cinta?

Cinta adalah sesuatu perasaan yang suci yang telah Allah kurniakan pada setiap manusia. Maka berhaklah manusia untuk meletak atau memberikan cinta kepada sebarang manusia. Tetapi biarlah cinta itu selaras dengan kehendak Allah. Agar dengan cinta juga. Ianya menjadi ibadah kepada kita.

Lihatlah bagaimana Allah mencipta Hawa untuk dijadikan pasangan hidup Nabi Adam. Nabi Adam keresahan hidup di syurga , kerana tidak mempunyai teman. Apabila Nabi Adam menuruti kehendak Hawa memakan buah khuldi, lantas terlantar mereka berdua di dunia yang fana ini.

Mungkin ini adalah pengorbanan cinta di antara mereka berdua. Namun seribu penyesalan dan taubat telah mereka lakukan. Sekarang Allah telah menerima taubat dan penyesalan mereka.

Terjalinnya hubungan cinta antara Nabi Adam dan Hawa, maka keturunan manusia dapat membiak hingga ke hari ini. Wujudlah kita di hari ini lantaran adanya peranan cinta.

(more…)


Ditulis pada 5 March '11 oleh | 274 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Motivasi, Pendidikan | 2 Komen.

Cemburu

Wajarkah cemburu wujud dalam naluri hati manusia? Bagi manusia yang sedang bercinta, telah bercinta atau menyimpan hati dengan manusia lainnya [berlainan jantina] mungkin amat faham tentang istilah ini.

Lelaki soleh cemburu? Sebenarnya, lelaki soleh itu juga manusia biasa. Sifat cemburu sememangnya lumrah dalam cinta. Agak janggal jika seseorang yang sedang bercinta tidak cemburu jika kekasihnya kelihatan mesra dengan wanita lain / lelaki lain melebihi dirinya. Sesungguhnya cemburu itu tanda sayang.

Kenapa saya kata lelaki soleh itu pun cemburu?

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 2 March '11 oleh | 150 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Motivasi | Tiada Komen.