Saya Syiah, Saya Ok!

Barangkali, ada yang beranggapan saya mau mencetus kontroversi murahan diawal tahun baru ini. Masakan artis saja boleh mencetus kontroversi besar-besaran di dunia fana ini, para penulis blog (blogger) juga boleh memporak-perandakan dunia dengan permainan tulisan mereka. Kuasa penulis blog juga sudah mula digusari oleh golongan politikus dan artis sehingga ada kes turun naik mahkamah. Harapnya, tiada tangan ghaib yang akan mengheret saya ke muka pengadilan dengan alasan saya pendokong fahaman Syiah.

Tidak perlu saya memualkan pembaca blog ini dengan leretan cerita yang berbelit-belit, sebaiknya terus kepada agenda utama. Saya ingin mengutuskan rasa empati saya kepada pengikut Syiah Melayu (Malaysia) yang baru-baru ini diserbu oleh pihak berkuasa negeri Selangor. Serbuan yang dijalankan pada 9 Muharam 1432H yang lalu merupakan titik tolak kepada kewujudan minoriti Syiah Melayu yang selama ini mungkin agak jarang kita nak ambil peduli. Saya ini bagaimana orangnya? Menaruh empati secara terang-terangan kepada puak minoriti Syiah ini? Saya ini sudah buta tuli agaknya tidak mampu membezakan bahawa fahaman Syiah itu bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wa Jamaah yang saya pegang seawal keluar dari rahim ibu hingga usia saya menginjak ke angka dewasa.

(more…)


Ditulis pada 2 January '11 oleh | 393 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Info Dunia, Info Semasa | 10 Komen.

Penantian

penantian ini seperti serumpun rumput
menunggu jamahan angin dingin
dari perbukitan malam di musim kemarau

yang ada hanya deretan tanda tanya
redup senja yang memunggah teka-teki
persoalan tertimbun menghimpit pertanyaan
akan terpegangkah ranum harapan
atau impian menjadi hamis

aku masih bertongkat di sini
memerhati malam menyerahkan segala misteri
kamar yang redup bagai derita warga palestina
tidak tertanggung bayangan masa lalu
anak kecil itu muram wajahnya
seratus hari di perbaringan

Imlan Abadi
Penantian

Agaknya sampai bila saya mampu bertahan di dalam kondisi sebegini? Sedaya mungkin saya mencuba yang terbaik, namun belum ketemu rezeki yang saya inginkan selama ini.

Harap akan terus bertahan untuk menempuh semua ini, insya-Allah. Berbaik sangka kepada Allah kerana itulah jalan terbaik kepadaku!

Rasulullah saw bersabda:

ادعوا الله وأنتم موقنون بالاجابة

“Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin terhadap ijabah-Nya.”

Subhanallah!


Ditulis pada 13 August '10 oleh | 270 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Aidilx, Motivasi | 12 Komen.

Marhaban Ya Ramadhan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Tidak terlewat rasanya bagi saya [Aidilx.com] untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana jua berada di bumi Allah SWT yang sungguh indah ini. Semoga kedatangan Ramadhan ini memberikan kita peluang untuk memperbaiki dan menambahkan pahala kita buat bekalan di sana kelak, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 11 August '10 oleh | 176 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama, Aidilx, Info Dunia, Info Semasa | 2 Komen.