Tragedi KB Mall

jatuh_mall2

Kredit foto: Utusan Malaysia

Malang tidak berbau..

Insiden ganjil (bagi saya) kerana amat jarang orang belajar memandu kereta di ruang letak kereta. Apatah lagi, belajar memandu di ruang letak kereta pusat membeli belah. Kecuaian manusia kerap kali mengundang musibah pada diri sendiri. Namun, ajal maut jodoh pertemuan itu sudah ditentukan di Loh Mahfuz.

Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut. Pelbagai versi cerita yang saya baca. Harap Abe Long Sewel dapat memberikan gambaran sebenar diblognya nanti (kalau beliau ada ditempat kejadian). :beurk:

Kita soroti gambar-gambar dan video yang sempat diambil di tempat kejadian.

Kereta Ford selamat tersadai di tengah eskelator

(more…)


Ditulis pada 7 December '09 oleh | 967 Kali Ditelaah
Bawah akta Aidilx, Info Semasa | 6 Komen.

Masa Untuk Istirehat

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara

Aidilx terpaksa berehat seketika. Doktor menyarankan supaya saya mendapatkan rehat yang cukup; melupakan sejenak urusan blog duniawi yang memberatkan pemikiran. Rehat itu perlu andai mahu badan saya kembali cergas untuk digunakan 100 tahun lagi. Agak seronok bila saya diceramah oleh doktor tersebut tentang pentingnya saya menjaga kesihatan.

Saya akan memantau sebarang masalah yang ada diblog sepanjang saya berehat. Tetapi, saya sudah pasti tidak akan mampu melayan semua permintaan kerana pengurusan blog ini bergantung sepenuhnya kepada saya sendiri. Agak susah untuk memuaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai limitasinya sendiri.


Ditulis pada 3 December '09 oleh | 420 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 14 Komen.

Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang!

Logo Rasmi Pertubuhan Haram: Klik-Klik Nuffnang

Adakah saudara/saudari sudah melibatkan diri di dalam pertubuhan haram ini? Kalau ada yang sudah terjebak dengan dakyah palsu ini maka saya ingin mengajak anda kembalilah kepada nawaitu sebenar anda di dalam dunia blogging ini.

Saya agak terkejut apabila fenomena ini mula melanda para bloggers yang baru berjinak dalam dunia blogging. Dalam erti kata lain, fenomena ini dicetuskan oleh newbies yang begitu ghairah mengaut keuntungan berganda daripada iklan Nuffnang. Saya cuma tekankan kepada newbies dan saya tidak menolak ada di kalangan bloggers senior yang mendekati pertubuhan haram ini.

Saya faham dengan keghairahan kalian untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, dalam keghairahan dan kerancakan kalian untuk mengaut laba dari Nuffnang, kalian sudah tersasar jauh dari rencana asal. Paling dahsyat dan keji, kalian menubuhkan “Team Klik-Klik Nuffnang” (saya namakannya sebagai pertubuhan haram) untuk memudahkan bloggers yang meletakkan iklan Nuffnang diblognya untuk dijamah dan diratah oleh rakan-rakannya yang lain secara keji lagi haram!

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 1 December '09 oleh | 1,762 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 30 Komen.