Artikel Lalu

Malang Tak Berbau!

saman_trafik

Orang kata malang sememangnya tak berbau. Balik daripada melaporkan diri ditempat kerja yang baru, tanpa disangka dua orang polis trafik menahan kereta aku. Periksa lesen. Lulus. Periksa lampu. Lulus. Periksa pon kereta. Gagal! Adeh, siotla! Macam mana waktu begini pon kereta boleh tak berfungsi. Tanpa sebarang pertimbangan, polis wanita tadi terus meminta lesen untuk mengisi surat saman. Bengang. Tapi, masih dapat mengawal keadaan. Tiada jumlah bayaran yang dinyatakan.

Kebetulan, abang sulungku menelefon sebab berjanji untuk makan tengahari bersama-sama. Apabila mendengar aku kena saman, abang aku dah mula membebel macam raksasa Gorgon. Aduh! Masa begini juga nak membebel. Pening dan bertambah bengang. Selesai urusan dengan polis wanita Rohana terus pecut kereta ke kedai makan. Sampai di kedai makan, kebetulan kawan abang (polis) sedang menikmati makan tengahari. Aku biarkan abang sulungku berurusan dengan mereka. Aku dah malas nak fikir. Lagipun, perut tengah lapar jadi fikiran cepat bertukar menjadi kurang waras.  Alhamdulillah, polis berpangkat koperal tadi setuju untuk menolong :) . Sekurang-kurangnya, hanya perlu membayar sedikit sahaja daripada jumlah saman tersebut.

Jadi, pengajaran buat kamu adalah sebelum keluar rumah untuk pergi ke mana-mana periksalah apa jua yang berkaitan dengan kenderaan kamu. Takut nanti, kamu mendapat nasib yang serupa denganku. Mungkin Allah nak memberikan rezeki yang lebih baik kepada aku selepas bertukar kerja yang lebih baik daripada sekarang. Aku tetap bersyukur. Walaupun, bengang tetapi ada hikmahnya. Alahai!

Kolo Mee Galore

Mee Kolok Sarawak

Sarawak has quite a reputation for its delectable array of local fare. Just ask any locals around town and they’ll gladly point out the best place to grab a bite of must-have Sarawakian delicacies that truly distinguish the Malaysian State’s multi-culinary delights.

In Kuching, the capital city of Sarawak, one of the staple dishes that can practically be eaten for breakfast, lunch, dinner or even supper is none othe than the beloved Kolo Mee. This noodle dish comprising of dry egg noodles (available in straight, curly or flat) is served either dry or wet though most people tend to opt for the dry version, which definitely has more oomph!

Observe your local Kolo Mee seller and watch as the raw noodles are dunked into a large pot of boiling water. Once cooked, they are then given a quick toss in a bowl with seasonings comprising of lard, vinegar, light soy sauce or fish sauce and salt and pepper before garnished with slices of barbecued meat, leafy greens, fried crispy shallots and spring onions. Other variants of toppings include prawns, cuttlefish and fried chicken.

Sold practically everywhere in kopi tiam (coffee shops), food courts and even hotel restaurants, a bowl of this hearty dish usually starts from RM2.5o.

Though most people swear by lard-laden Kolo Mee, a halal version of this all-time favourite dish is also available at numerous eateries particularly in the areas of Petra Jaya, Jalan Satok and Jalan Haji Taha, where Cafe Bunda is located. More familiarly known as “Mi Kolok”, the noodles are basically similar to the non-halal ones except that lard is replaced with shallot oil.

Cafe Bunda’s take on the addictive dish is further enhanced with generous servings of condiments such as fried chicken, minced chicken, beef, bean sprouts, fried shallots and spring onions. Those who have a sudden craving for “Mi Kolok” at any time of the day, should bear in mind that Cafe Bunda operates till late every day from 10.30 am to 1.30 am.

Kutinggalkan Wilayah C.I.N.T.A

Selamat tinggal wilayah suci.
Wilayah luhur.
Wilayah pengorbanan.

Kutinggalkan rasa derita.
Kutinggalkan rasa rindu.
Kutinggalkan rasa suka.

Kusatukan dirimu kembali kepada alam.
Kukembalikan dirimu kepada pemberi.
Kutebarkan dirimu kepada pencari.

Terima kasih untuk kebahagiaan.
Terima kasih untuk kekesalan.
Terima kasih untuk pengajaran.

Selamat tinggal wilayah CINTA.
Kuabadikan dirimu selama-lamanya kepada Ar-Rahman.

Tuhan,
Terima kasih untuk rasa agung yang pernah KAU hadiahkan ini.

Aidilx
12:45 a.m, Allamanda