[audio:Zaleha_Hamid_Bunga_Rampai.mp3]
Pengertian Perkahwinan
Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.
Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
- Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
- Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
- Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
- Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

~Mael & Eja mengenakan busana baju pengantin warna merah hati. Memang kena dengan perumpamaan bak pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.~
(more…)
Ditulis pada 5 November '09 oleh Aidilx | 1,433 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 5 Komen.
1. Sumbangan Islam tatkala gelapnya politik dunia
Di dalam seluruh sejarah kemanusiaan, Islam telah menyumbangkan sesuatu yang sangat besar yang tidak ternilai harganya iaitu “model negara” yang tiada tandingannya sebelum mahupun sesudahnya. Negara yang merupakan model itu dinamakan sebagai “Negara Islam” (Daulah Islamiyah). Harus diakui bahawa dunia sudah menerima pelbagai sifat atau bentuk negara, baik di dalam praktikal mahupun masih merupakan teoritis.
Misalnya, Plato dan Aristotles mengemukakan teori tentang bermacam-macam sifat negara (demokrasi, aristokrasi, monarki dll), dan mempraktikkan bentuk republik di Athen, sebagai negara kerakyatan. Begitu juga, Augustinus melalui bukunya “Civitate Dei” mengemukakan teori “Negara Ketuhanan” yang diikuti pula oleh Thomas Van Aquino dan Erasmus yang dipraktikkan oleh kerajaan Paus sebagai “negara theokrasi”. Sehinggalah ke zaman kita, silih berganti timbul tenggelam negara-negara dan teori-teori negara dengan pelbagai sifat dan bentuknya; menurut ideologi yang dianut oleh pembentuknya atau rakyat yang mendukungnya.
Negara Islam adalah suatu Negara Ketuhanan, di mana firman Tuhan menjadi dasarnya dan suara rakyat (musyawarah) berkuasa. Justeru, firman Tuhan (Fox Dei) dan ajaran Nabi (Fox Prophetae) bergabung dengan suara rakyat (Fox Popule) menjadi kekuasaan yang tertinggi di dalam negara. Penggunaan konsepsi atau prinsip ini telah dilakukan oleh Prof H. A.R. Gibb, namun bukanlah di dalam bidang politik sebaliknya di dalam bidang hukum. Beliau menulis:
“Vox populi, the expressed will of the community – not as measured by the counting of votes of the decisions of councils at any given moment but as demonstrated by the slowly accumulating pressure of opinion – is recognized in orthodox Islam next after Vox Dei and Vox Prophetae as a third infallible source of religious truth.”
“This principle is known as ijma’, the “consensus of the community”. There were those who tried to limit it to the consensus of the learned”. [1]
(more…)
Ditulis pada 3 November '09 oleh Aidilx | 854 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 4 Komen.
Mengapakah kita diajak untuk memiliki Minda Kelas Pertama?
Apakah kepentingannya kepada kita dan bagaimana kita mampu merubah pemikiran kita kepada Minda Kelas Pertama?
Bukan saja kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai pemikiran kelas pertama bahkan sebagai seorang Muslim kita dituntut untuk memiliki pemikiran kelas pertama. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan “Minda Kelas Pertama”?
Menyelusuri sejarah kegemilangan ketamadunan dunia bermula dengan tamadun dunia dan manusia yang telah menyaksikan lahirnya tokoh, cendekiawan dan pemimpin yang banyak memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan pembangunan manusia.
Pada zaman Greek dan Rom misalnya, wujudnya para cendekiawan dan pemimpin seperti Aristotle, Socrates, Julius Caesar, Octavious dan Marcus Tullius Cicero yang merupakan seorang negarawan dan pemidato terkenal era tersebut. Kegemilangan tamadun Islam pula bermula dengan kelahiran tokoh yang hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Khulafa ar-Rasyidin, para anbiya dan para ulama agung. Disusuli pula dengan kelahiran para cendekiawan seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Al-Khawarizmi yang memainkan peranan penting dalam membentuk dan menyumbang kepada pembangunan manusia sejagat. Tokoh-tokoh yang disebutkan ini merupakan mereka yang mempunyai Minda Kelas Pertama.
(more…)

Ditulis pada 1 November '09 oleh Aidilx | 1,373 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Motivasi, Pendidikan | 4 Komen.