Membaca Jambatan Ilmu

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” (Al-Alaq: 1)

Saya agak ketinggalan dalam soal memiliki buku-buku terbaru di pasaran. Berada di suatu daerah kecil (diiktiraf Bahagian) sudah pasti kurangnya fasiliti kedai buku seperti Popular, MPH dan Kino. Ada pun buku-buku yang terdapat di kedai buku kecil belum tentu ianya memenuhi citarasa saya. Apatah lagi, harga buku jauh lebih mahal berbanding harga sebenar. Tetapi, itulah perkara normal yang perlu dihadapi oleh pembeli dan penjualnya bagi menampung kos penghantaran dan sebagainya.

Saya sedang mencari buku-buku bahasa Inggeris pula untuk dijadikan koleksi peribadi. Ada sesiapa yang boleh cadangkan saya buku yang sedap untuk diladeni dan sesuai untuk paras umur saya yang beranjak ke usia “pemikir terhormat“. Di bawah merupakan sebahagian buku-buku yang sudah saya tempah secara online. Barangkali, ada di antara kamu yang sudah acapkali khatam buku-buku ini sedangkan saya baru pertama kali menghirup bau harum buku tersebut. Tidak mengapa, asalkan hajat saya untuk membaca buku-buku ini kesampaian dan menjadi koleksi peribadi yang paling berharga.

Advencer_Si_Peniup_Ney1Cinta_Sang_Ratu1guruarkitekbangsakbenarkahiskandarkAyah_Kita_Bos1 hikayatamirhamzahkLaskar_Pelangi1Maryamah_Karpov1jalanjauhksalahudinkSSPJ_151suratunguuntuknuhalSultan_Alauddin_151syahadatcintakTuhan_Manusia_151 ungukarmilakyakjujmakjujk

Ada orang kata hobi membaca merupakan hobi yang membazirkan wang ringgit dan masa. Tetapi, Islam sendiri menuntut kita supaya rajin membaca dan tidak malas untuk membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Raghib as Sarjani, membaca itu bukan hobi semata-mata tetapi merupakan kewajipan setiap manusia. Kerana itu, tidak wajar seorang manusia berkata; “Saya tidak minat membaca” atau “Hobi saya membaca”. Bukankah perutusan Jibril alaihissalam yang pertama kepada Muhammad salallahualaihi wasalam berbunyi Iqra’? Peristiwa ini memberikan sejumlah ibrah kepada umat Islam supaya menjadi umat yang ‘membaca’, dalam erti kata lain meningkatkan pengetahuan kerana Jibril tidak akan membacakan sesuatu ‘kitab’ untuk kita.

Ilmu itu cahaya. Ilmu pengetahuan yang mantap mustahil diwarisi mahupun dibeli. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu perkara yang kita inginkan. Imam Syafie r.a dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu sebagai berikut:

أخي لن تنال العلم الا بسته ؛ ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة وصحبة استاذ وطول زمان

“Saudaraku, kamu sekali-kali tidak berupaya mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara; cerdik, aktif mencari ilmu, tekun berusaha, kehidupan yang memadai, mengakrabi ustaz (ilmuan) dan masa yang panjang.”


Ditulis pada 30 October '09 oleh | 636 Kali Ditelaah
Bawah akta Aidilx | 9 Komen.

Mentibang vs Gonggok

Saya ada kemusykilan ini.

Tolong buktikan kepada saya bahawa mentibang dan gonggok dua entiti berbeza ataupun entiti yang sama. Sila sertakan bahan buktinya sekali. Bukti yang mencarut dan tidak soheh, sama sekali tidak akan dilayan.

Pemenang yang berjaya merungkai kemusykilan saya ini akan dihadiahkan topup bernilai RM30.


Ditulis pada 27 October '09 oleh | 728 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 20 Komen.

Forza Liverpool!

manchester_united_vs_liverpool

Liverpool berjaya menebus maruah daripada kekalahan berturut-turut dengan membenam musuh tradisinya, Manchester United semalam dengan jaringan 2-0. Kemenangan yang sungguh berharga bagi penyokong Liverpool yang sering kali dipandang rendah oleh penyokong Manchester United. :)

Adat pertandingan, tak semestinya yang GAH akan sentiasa akan mengungguli setiap permainan. Mungkin, nasib dan usaha menyebelahi Liverpool semalam. Yang pasti, kemenangan Liverpool ke atas Manchester United semalam memberi laluan yang cerah kepada Chelsea untuk mengungguli kedudukan teratas di Liga Perdana Inggeris.

Liga Perdana Malaysia

Saya masih kempunan untuk menyaksikan aksi mantap di Liga Perdana Malaysia. Secara jujurnya, saya tidak begitu berminat untuk menonton perlawanan liga tempatan. Permainan yang cukup meloyakan. Hatta Vietnam, sebuah negara kecil yang baru bangkit selepas pemerintahan Regim Khmer sudah mampu menunjukkan kebangkitan luarbiasa di arena bola sepak antarabangsa. Malaysia? Rasanya kamu sendiri boleh menimbang tara.

Pasukan bola sepak negeri saya, Sarawak, semakin tenat. Hampir menarik diri dek kerana masalah kewangan yang menghimpit, terus menyaksikan permainan hambar dan kerapkali di’kenduri’ oleh pihak lawan. Perit! Tenaga muda yang diserap untuk mewakili negeri nampaknya kurang bertenaga. Apakah sudah tandus pemain berbisa seperti mana Affendi Julaihi, Ramles & Ramos Sari?

Saya bukan Shebby Singh yang sering melemparkan kritikan pedas pada skuad kebangsaan walaupun skuad bimbingannya tidak se”GAH” mana. Saya cuma peminat bola sepak yang sudah kehilangan nafsu untuk menonton ketempangan skuad kebangsaan mahupun negerinya tatkala beraksi. Saya tidak mengharapkan skuad negara bangkit mendadak dan terus hebat seperti Manchester United. Hanya mengharapkan bola sepak negara unggul semula dipersada antarabangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 26 October '09 oleh | 362 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 4 Komen.