Terapi Minda
Aidilx, Motivasi 11 Jun, 2009


Kami terkejut apabila berita kematian sepupu aku terpampang dimuka hadapan disuratkhabar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah berita yang disampaikan bercanggah dengan fakta yang sebenar! Penulis menuduh arwah keluar dari kelab malam dan mabuk semasa kemalangan berlaku. Itu merupakan fakta yang sangat BANGSAT!
Lagi BANGSAT apabila keterangan tersebut diambil daripada pihak polis yang tidak mendapat hasil siasatan sebenar daripada pihak hospital. Sedangkan hasil Post Mortem belum dikeluarkan secara sah oleh pihak hospital. Jadi, bagaimana pegawai polis B*****T tadi boleh sewenangnya memberi keterangan palsu?

Kredit Khas: S.I.M.S
Ini merupakan entriku yang kedua berkatan Rosli Dhobi. Kebetulan, semasa aku menerbitkan entri awal pada 08.06.2009 bertajuk yang sama iaitu “Rosli Dhobi: Pejuang Atau Pembunuh”, server yang menampung blog aku mengalami masalah teknikal. Akhirnya, entri pertamaku berkubur bersama-sama sejarah Rosli Dhobi. Keesokkan harinya, aku mendapat perkabaran duka tentang sepupuku. Badikah ini?
Rosli Dhobi; namanya mula mekar semula apabila dokumentari tentangnya mula disiarkan semalam melalui saluran Astro Prima. Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.