By Aidilx on Jun 10, 2009 | In Aidilx, Hiburan, Info Semasa, Motivasi | 35 Comments

Kredit Khas: S.I.M.S
Ini merupakan entriku yang kedua berkatan Rosli Dhobi. Kebetulan, semasa aku menerbitkan entri awal pada 08.06.2009 bertajuk yang sama iaitu “Rosli Dhobi: Pejuang Atau Pembunuh”, server yang menampung blog aku mengalami masalah teknikal. Akhirnya, entri pertamaku berkubur bersama-sama sejarah Rosli Dhobi. Keesokkan harinya, aku mendapat perkabaran duka tentang sepupuku. Badikah ini?
Rosli Dhobi; namanya mula mekar semula apabila dokumentari tentangnya mula disiarkan semalam melalui saluran Astro Prima. Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.
Baca Artikel Sepenuhnya
By Aidilx on Jun 9, 2009 | In Aidilx | 2 Comments

4.15 am
9.6.2009 (16 Jumada Al-Akhirah 1430)
Seawal pagi, sudah menerima perkabaran yang kurang menyenangkan. Suatu berita yang betul-betul mengejutkan kami sekeluarga. Sepupu aku, telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Arwah meninggal di dalam usia yang masih muda (30 tahun). Arwah adalah teman gaduh dan teman sepermainan aku diwaktu kecil. Cuma apabila meningkat dewasa masing-masing membawa haluan sendiri. Tetapi, kami tetap rapat.
Wajah yang pucat, penuh dengan kesan luka membuatkan rasa tak sanggup nak menatap wajahnya buat kali terakhir. Namun, perlu digagahi juga.
Buat sepupuku (Wan Roslan Tunku Sarib), semoga rohmu dicucuri rahmat. Semoga dirimu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Bersemadilah dengan aman.
Al-Fatihah buatmu.
By Aidilx on Jun 6, 2009 | In Aidilx | 2 Comments

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Itu adalah janji yang telah termaktub di Lohmahfuz-Nya.
Apabila sudah cukup ketentuannya, tidak pernah sesaat pun dilambatkan mahupun dicepatkan.
Al-Fatihah buat pakcik saudaraku (Pengiran Hj Bakar bin Pengiran Hamzah) yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jumada Al-Akhirah 1430.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.