Artikel Lalu

Aduhai Pak Menteri!

Lokasi: Bandar Sarikei

Riuh sebandar gara-gara kekurangan gula. Tokei kedai kopi pun tak senang duduk. Masakan menyajikan teh cina saja untuk pelanggannya. Itu idea gila. Golongan surirumah menjalankan misi “Mesti Berjaya” untuk mencari gula. 1kg pun jadilah. Penuh harapan.

Makcik X: susah nar juak sikda gula tok.

Makcik Y: Kedei nun tadik jual 2kg sorang jak. Ney cukup!

Makcik Z: Sebbait ku nyimpan stok gula ariya. Sik nyaman nar juak minum sikda gula.

Supermarket serba salah. Mencari untung dalam kesempitan strategi utama. Menurut risikan yang dilakukan pagi tadi, bekalan gula akan sampai isnin nanti.

Percaturan: 1kg (RM1.80+RM0.40 = RM2.40)

RM2.40 x 1guni (100peket) x 100guni = RM24000

Mana Pak Menteri?

Aduh! Hampir saya terlupa. Rupanya Pak Menteri mungkin sedang menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan mereka yang mendapat bini baru yang putih gebu (masih dirahsiakan demi menjaga hati, konon!). Alangkah baiknya kalau saya ada direktori telefon bimbit setiap menteri di Malaysia ini. Mustahil. Saya bukan Sajirul mahupun Azilah. Saya bukan ejen risikan khas.

Pak Menteri, kalau kamu terbaca blog marhaen ini ingin saya war-warkan bahawa kami di sini mengalami krisis gula yang serius. Sumpah! Ini memang serius. Kami sudah diambang kopi pekat Pak Belalang; pahit pekat kelat tanpa gula!

Pingo MyDeskFriend: Menemani Anda Semasa Ber’Facebook’

Meladeni Facebook seharian sememangnya boleh mendatangkan keseronokan kepada kita. Namun, ada masanya aktiviti ini menjadi bosan apatah lagi terpaksa menghabiskan masa kita sendirian di bilik.

Oleh itu, MyDeskFriend adalah sebuah robot PenguinĀ  (dinamakan sebagai Pingo) telah direka khas untuk membuatkan aktiviti ber’Facebook‘ kita menjadi lebih menyeronokkan. Robot ini sememangnya dicipta untuk para penggemar Facebook kerana kebanyakan fungsinya dicipta untuk digunakan semasa ber’Facebook‘.

mydeskfriend_2a

Robot ini juga boleh membaca status terkini yang ada di Facebook kita melalui suara robotnya yang lucu; di samping memberitahu kita bila saat kita di “Poke“, teman yang “log-in” dan banyak lagi. Selain berfungsi di Facebook, MyDeskFriend juga boleh memberitahu anda apabila terdapat emel masuk, pemberitahuan masa dan keadaan cuaca.

mydeskfriend_3a

Tambahan lagi, kita juga boleh mengajar si Pingo ini untuk menyanyi dan sebagainya. Janji bukan mengajar dia mencuri, ye kawan-kawan! :)

Menurut sumber, MyDeskFriend ini sudah mula dijual pada bulan September lepas dengan harga sekitar US$99 (RM338.50). Jadi, kepada mereka yang berkenan dengan gajet ini bolehlah membeli secara online di MyDeskFriend.

mydeskfriend_4a

Si Pingo ini memang sesuai untuk dijadikan hadiah terutamanya kaki-kaki gajet (teknologi). Nak tunggu tahun depan ada tak orang hadiahkan Si Pingo ini untuk saya. :kiss:

Tragedi KB Mall

jatuh_mall2

Kredit foto: Utusan Malaysia

Malang tidak berbau..

Insiden ganjil (bagi saya) kerana amat jarang orang belajar memandu kereta di ruang letak kereta. Apatah lagi, belajar memandu di ruang letak kereta pusat membeli belah. Kecuaian manusia kerap kali mengundang musibah pada diri sendiri. Namun, ajal maut jodoh pertemuan itu sudah ditentukan di Loh Mahfuz.

Saya tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut. Pelbagai versi cerita yang saya baca. Harap Abe Long Sewel dapat memberikan gambaran sebenar diblognya nanti (kalau beliau ada ditempat kejadian). :beurk:

Kita soroti gambar-gambar dan video yang sempat diambil di tempat kejadian.

Kereta Ford selamat tersadai di tengah eskelator

Baca Artikel Sepenuhnya