Pemuda Yang Lelah..

Pemuda itu sudah lelah menenangkan jiwanya sendiri. Diraba hatinya untuk bertanyakan sama ada rasa itu masih ada. Benar. Rasa itu tetap ada. Cuma ianya semakin menghilang. Waktu telah membawa pergi sebahagian daripada rasa itu. Saban hari, hati sang pemuda semakin dingin. Dingin untuk memberikan rasa kepada yang ingin bertamu. Mungkin, itu lebih baik kepadanya. Terlalu banyak tergalas dipundaknya. Maaf, adakala si pemuda jadi kaku untuk berbicara.

Pemuda itu sudah lelah menggembirakan hatinya sendiri. Mungkin ini masa untuknya membersihkan segala gelodak tinggalan sejarah yang lepas. Sehingga Ramadhan tiba, si pemuda akan berkelana mencari kedamaian untuk hatinya. Mudah-mudahan nanti, pemuda yang lelah itu akan menemui penawar di dalam perkelanaannya.


Ditulis pada 9 August '09 oleh | 284 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 8 Komen.

H Wang N Wang!

Gunakan Coli Untuk Menggantikan Mask!

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)


Ditulis pada 27 July '09 oleh | 285 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 4 Komen.

Isu Cawat: Rakyat Sarawak Terluka

hadi-awang “Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi yang pakai molek, undi PAS.” – Petikan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Malaysiakini.com: 11 Julai 2009)

Apa perasaan kamu apabila seorang pemimpin yang dihormati mengeluarkan kata-kata yang berunsur penghinaan?

a. Marah
b. Suka
c. Sedih
d. Sumpah seranah
e. Peduli apa!
f. Semua jawapan tidak betul.

Sehubungan dengan ucapan yang disampaikan oleh Presiden PAS tersebut, kebanyakan rakyat Sarawak sudah terluka dan rasa terhina. Bagaimana seorang pemimpin parti yang berteraskan Islam sanggup menyampaikan kata-kata sedemikian? Pada mulanya, saya kurang percaya apabila timbulnya isu ini. Disebabkan tidak ingin semberono di dalam memberi maklum balas, saya memeriksa arkib di Malaysiakini.com ternyata ada laporan yang ditulis oleh saudara Jimadie Shah Othman yang bertajuk “Nasha Berkempen di Manek Urai.” Namun, itu bukan penamat kepada pencarian saya.

Masing berang!

James Masing berang dengan kenyataan Hadi Awang

Saya cuba mencari di Google dan ternyata sudah banyak blog yang memperkatakannya. Masya-Allah. Lantas, apa reaksi saya yang selama ini agak condong kepada parti tersebut? Sungguh, saya agak terkilan, sedih dan kecewa. Sama sekali, saya tidak menyangka Presiden PAS tersebut sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sekali terhadap masyarakat di Batang Ai. Walaupun, saya tidak tinggal di kawasan tersebut tetapi sedikit sebanyak saya terpalit sama kerana saya merupakan warga Sarawak. Masakan saya masih memekakkan telinga, membutakan mata apabila soal maruah negeri dan masyarakat saya diperkotak-katikkan oleh pemimpin berkenaan.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 26 July '09 oleh | 667 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 20 Komen.