Cacah Mata

eye tattoo

Kemajuan teknologi memungkinkan dilakukannya tatu pada hampir semua bahagian tubuh dan tidak terkecuali pada bahagian mata kita! Tatu mata ini dilakukan oleh Pauly Unstoppable dan Josh serta Shannon Larat.

Tatu Mata 2

(more…)


Ditulis pada 17 July '09 oleh | 619 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 9 Komen.

Aku, Blog & Entri Yang Mati!

mengingati-mati1

Kredit khas: Wardatul Faqihah

“Manusia yang mempunyai mata hati dan sentiasa waspada, mengerti bahawa mati itu menjadikannya merasa bebas merdeka. Sedangkan hidup menjadikannya seorang budak. Sesungguhnya manusia walaupun hidup lama di dunia, kehidupannya itu hanyalah laksana kilat di penjuru langit, kemudian kembali menghilang.” – Imam Al-Ghazali

Banyak sebenarnya yang terbuku dihati ingin diluahkan.
Tetapi, semua itu tak kesampaian. Terhenti. Mati.

Jiwaku mati.
Mindaku bercelaru.

Aku terbeban dengan sakit ini
Rasa itu semakin menekan, semakin menyesakkan
Semangatku kian mati.

Sahabat,
Doakan aku mampu memulihkan semangat ini
Doakan aku mampu  melawan jiwa yang mati ini.

Ya Rabb,
Bekalkanlah aku hati yang sentiasa mengingati-Mu
Bekalkanlah aku dengan ketenangan hati
Andai esok lusa tiba ajalku, matikanlah aku di dalam khusnul khatimah.


Ditulis pada 16 July '09 oleh | 466 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 8 Komen.

Manek Urai: BN Tersungkur Lagi

Pertama sekali, sekalung ucapan tahniah kepada calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) yang telah memenangi pilihanraya kecil dengan menewaskan calon BN (Tuan Aziz Tuan Mat) dengan majoriti rendah sebanyak 65 undian. Walaupun, menang tipis namun akan ada suara sumbang yang mengatakan seperti ini, “We have reduced the majority significantly. PAS only win with a slim majority, hence the real loser is PAS.

Di dalam masa yang sama, PAS juga telah membuat satu laporan polis terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 menjelang Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Mereka telah laporan tersebut di Balai Polis Laloh semalam. Laporan polis juga telah dibuat oleh pihak BN berhubung kekecohan kecil yang berlaku semasa proses pilihanraya yang khabarnya berpunca daripada penyokong PAS. Kiranya, masing-masing menang 1-1. :)

Laporan itu dibuat berhubung dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi merentangi Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru. Selain itu, Muhyiddin juga menjanjikan Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009.

Untuk pengetahuan semua, benda ini bukan sahaja berlaku di Manek Urai bahkan di kawasan aku. Sebuah kolej swasta telah dijanjikan untuk masyarakat setempat bagi kemudahan pendidikan. Calon dari wakil BN telah memenangi kawasan tersebut tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji. Tanah sudah dirata. Hutan sudah dilapangkan. Pokok sudah ditebang. Pada awalnya, harapan kami menggunung kerana dengan pembinaan kolej swasta tersebut akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi di pekan kecil ini namun sayang seribu kali sayang, semuanya hanya tinggal impian. Tanah lapang tersebut sudah menjadi padang jarak padang terkukur.

Tiada tindakan yang diambil berhubung perkara ini. Namun, aku tau masyarakat setempat sudah mula menunjukkan protes mereka. Tidak mustahil pekan kecil ini akan bertukar tangan kepada pihak pembangkang. Dan, BN akan berputih mata kembali.

Dari segi penelitian dan pengamatan, sokongan terhadap PAS agak mula goyah. Mungkin disebabkan krisis dalaman yang mereka alami. Atau mungkin, rakyat mula membenihkan semula rasa kepercayaan kepada BN. Oleh itu, PAS seharusnya membuat post-mortem tentang kemenangan tipis tersebut. Mungkin ini petanda PAS jangan berasa mereka sentiasa berada di zon selesa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 15 July '09 oleh | 197 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 2 Komen.