Tanggal 11 Julai 2009, maka genaplah 100 hari pentadbiran Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. Ingat lagi buku yang ditulis oleh saudara Roslan Abdul Hamid tentang ‘Abjad Kemuliaan 100 Hari Pertama Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’? Abjad Kemuliaan untuk Tun Abdullah. Untuk Najib apa pula?
1 Malaysia bukanlah satu gagasan baru. Jadi, adakah 1 Malaysia satu method untuk Najib mencari formula terbaru bagi menambah keyakinan rakyat yang sudah goyah dek tsunami politik semasa? Mungkin perlu untuk Najib membersihkan namanya daripada segala macam ancaman fitnah, skandal dan sebagainya. Pelbagai aktiviti telah dirancang mahupun diadakan bagi mengwar-warkan kepada rakyat akan konsep 1 Malaysia yang cuba beliau terapkan kepada rakyat Malaysia.
Sehinggakan ada yang mencadangkan perkahwinan campur bagi memastikan konsep ini berjaya. Mana bisa itu semua. Soal jodoh, ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Manusia hanya akan dapat merancang tapi kesudahannya hanya DIA yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Bukan aku saja yang berfikir sedemikian. Bukanlah mengatakan perkahwinan campur itu tidak elok tetapi kalau dipaksa perkara tersebut terjadi kita fikirkan impaknya pada masa hadapan.
Disaat, skandal pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengannya mungkin ini cara terbaik baginya untuk mengalih perhatian rakyat. Aku yakin mungkin ada di antara kamu yang sudah menonton video yang dikaitkan dengan isteri Najib, Rosmah Mansur yang mana mengaitkan beliau dengan penggunaan ilmu hitam. Aduh! Lagi satu tamparan buat Najib tatkala baru saja menaiki takhta perdana di Malaysia.
Aku rasa kamu mesti sudah menonton iklan DIGI yang terbaru. Iklan tentang seorang gadis yang duduk ditepi tangga yang tampaknya sedang bersedih. Lalu kawannya menelefon si gadis. Terus si hantu kuning DIGI memainkan peranan mengembalikan keceriaan si gadis dengan menjadikan dirinya seekor kucing nakal sambil menarikan tarian hindustan.
Sudah lama aku perhatikan trend pengiklanan DIGI dan ternyata DIGI mengunggulinya berbanding TELCO yang lain. Produksi pengiklanan DIGI sememangnya kreatif di dalam penghasilan iklan mereka. Memang terbukti kebanyakan iklan DIGI yang ditayangkan dikaca televisyen sudah banyak menambat dan mencuit hati penonton.
Kalau dicongak dan dibandingkan dengan iklan yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi lain (Celcom & Maxis), memang penghasilan iklan dari segi mutu dan faktor-X tidak ada pada dua syarikat gergasi tersebut. Entah kenapa mereka gagal menampilkan kelainan berbanding DIGI yang aku perhatikan tidak lekang dengan idea baru disetiap iklannya.
Apa-apa pun, inilah yang ingin aku lihat di dalam industri pengiklanan mahupun telekomunikasi kita. Bukan sekadar memaparkan iklan berbentuk komersial semata-mata yang penting punya nilai estatika tersendiri. Dengan teknologi yang kian canggih, tidak salah mengoptimakan penggunaannya untuk memberikan suatu kelainan atau citarasa yang terbaru buat penonton. Jangan biarkan iklan itu terus kaku. Waima, puluhan juta dibelanjakan untuk penghasilannya tetapi kamu tidak kenal target market, sudah pasti iklan tersebut tidak sampai kepada sasaran yang dikehendaki.
Namun, itu bukan bermaksud aku menyokong DIGI sepenuhnya. Ada sesuatu yang masih membuatkan aku masih MARAH dengan pihak DIGI sehingga kini masalahnya belum selesai. :((
Malam ini sudah tentu ramai yang sudah siap siaga dihadapan kaca televisyen masing-masing bagi meneruskan episod “menyesakkan jiwa”, pergolakan perasaan Nur Amina terhadap Adam. Aku yakin sudah ada yang mula berjinak-jinak menonton drama ini seperti mana yang pernah aku lakukan beberapa minggu yang lepas. Andainya, kamu belum berpeluang menonton drama tersebut, rajin-rajinkanlah diri kamu menonton drama ini pada setiap Jumaat jam 9.00 malam. Tak perlu untuk aku menerangkan dengan lebih lanjut akan keistimewaan drama ini kerana semuanya telah aku ceritakan di dalam artikelku yang lepas.
Alhamdulillah, secara kebetulan, beberapa hari lepas aku diketemukan dengan saudara Yasin (pencipta lagu Nur Kasih) di Facebook. Malam ini, saudara Yasin sudah menjawap pertanyaan aku berkaitan lagu tema Nur Kasih. Ini respon beliau:
Jadi, berita gembira buat kamu yang sudah lama ingin mendengar lagu ini dimainkan dicorong radio, lagu Nur Kasih ini akan diputarkan diradio pada minggu depan. Aku memang menunggu single Nur Kasih ini dikeluarkan. Terima kasih untuk saudara Yasin untuk makluman tersebut. Insya-Allah, lagu ini akan mampu memecah dominasi beberapa lagu tempatan. Aku kira ini adalah perkabaran gembira buat peminat drama dan lagu Nur Kasih ini.