Kutinggalkan Wilayah C.I.N.T.A

Selamat tinggal wilayah suci.
Wilayah luhur.
Wilayah pengorbanan.

Kutinggalkan rasa derita.
Kutinggalkan rasa rindu.
Kutinggalkan rasa suka.

Kusatukan dirimu kembali kepada alam.
Kukembalikan dirimu kepada pemberi.
Kutebarkan dirimu kepada pencari.

Terima kasih untuk kebahagiaan.
Terima kasih untuk kekesalan.
Terima kasih untuk pengajaran.

Selamat tinggal wilayah CINTA.
Kuabadikan dirimu selama-lamanya kepada Ar-Rahman.

Tuhan,
Terima kasih untuk rasa agung yang pernah KAU hadiahkan ini.

Aidilx
12:45 a.m, Allamanda


Ditulis pada 27 June '09 oleh | 230 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 5 Komen.

Transformer II: Revenge of the Fallen

Semua dah kena demam Transformer! Kebanyakan blog dan forum yang aku lawati tengah hangat bercerita tentang “Transformer 2: Revenge of the Fallen”. Malangnya, aku tak dapat nak menikmati semua itu. Sebuah bandar kecil seperti ini tidak disediakan kemudahan pawagam untuk tempat berlibur. Sedihnya kerana tidak berpeluang untuk menyaksikan hero masa kecilku, si Optimus Prime beraksi.

Cuma memberi beberapa contoh beberapa blogger yang sudah membuat rebiu untuk filem ini dari pelbagai sudut. Ada siapa-siapa lagi yang ingin masuk di dalam carta pengulas filem Transformer ini? :)

  1. Joshua Ong
  2. Noktahhitam
  3. Zelo55
  4. Protonian
  5. Killvearn {kemaskini}

Kepada kamu yang teringin untuk menonton filem ini silalah berkunjung ke blog berkenaan untuk menikmati rebiu yang telah dibuat oleh mereka. Sudah pasti, kamu akan rasa teruja lebih daripada rasa dukacita.

Tak mengapalah, asalkan kamu berpuas hati kerana dapat menonton filem berkenaan. Selamat menonton buat kamu.


Ditulis pada 25 June '09 oleh | 193 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 5 Komen.

سلامت هاري باڤ

Selamat Hari Bapa

Mengingati hakikat pengorbanan seorang bapa terlalu panjang untuk dikisahkan. Arwah bapa sudah lama kembali kepada-Nya. Sepanjang itu, aku baru rasa kehilangannya. Bapa memang seorang yang tegas namun aku tau dihatinya dia amat menyayangi anak-anaknya. Sebagai anak bungsu, tiada layanan istimewa yang aku perolehi sama ada daripada bapa atau mama. Kami hidup sederhana. Namun, itu tidak menghalang kekayaan kasih sayang itu terbatas.

Saat terakhir sebelum bapa menghembuskan nafasnya, pesannya supaya mama berikan pendidikan secukupnya kepada aku. Itulah amanat yang mama pikul selama ini. Tiada harta yang ditinggalkan cuma kelestarian kasih sayangnya yang aku jaga selama ini.

Buat semua insan yang bergelar bapa, Selamat Hari Bapa. Mudah-mudahan, kamu menjadi seorang bapa yang menjadi suri teladan kepada anak-anakmu kelak. Bimbinglah keluargamu di dalam mencari keredhaan-Nya di dunia dan akhirat. Jangan sekali kau membelakangi tanggungjawapmu. Aku dedikasikan lagu “Sentuhanmu” untuk kalian.

Al-Fatihah buat ayahandaku. Moga Allah tempatkan dirimu bersama-sama mereka yang dikasihi-Nya.

*Tiada kupasan panjang seperti biasa. Rasa kerinduan dan sebak membuat jari terhenti untuk menaip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 21 June '09 oleh | 628 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 6 Komen.