Kredit khas: Nur Kasih TV3
Pada asalnya, aku tidak begitu teruja untuk mengikuti slot drama ini di TV3. Entah kenapa, mungkin rasa ‘diseru’ untuk menonton drama ini maka aku mula menggagahkan diri merapati kaca televisyen minggu lepas. Tambahan pula, seorang sahabat di negeri Datuk Maharajalela tampak beriya-iya mengajak aku menonton drama ini. Nur Kasih jauh berbeda dengan drama Nur Kasih yang pernah disiarkan di RTM suatu masa dahulu. Nur Kasih yang ditunjangi oleh Rusdi Ramli lebih berkonsepkan cinta kampus (pandangan peribadi) dan runut bunyinya diambil daripada lagu Nur Kasih (In-team). Jadi, apa istimewanya drama ini sehingga menjadi buah mulut dan butir bicara mereka?
Secara jujurnya, aku tidak begitu gemar menonton drama atau filem Melayu. Bukan semua cuma sebahagian drama dan filem sahaja. Aku bukan menidakkan kemampuan dan kejujuran pengarah drama tempatan sekarang di dalam menghasilkan karya mereka cuma ada kalanya drama dan filem yang disajikan terlalu stereotaip. Katalah aku apa saja tetapi itulah hakikat yang perlu kita hadapi.
(more…)
Ditulis pada 20 June '09 oleh Aidilx | 5,562 Kali Ditelaah
Bawah akta Hiburan, Rebiu Filem | 209 Komen.

Alhamdulillah. A i d i l x . c o m sudah mula ke udara semula selepas mengalami masalah teknikal beberapa hari lalu. Memang diakui aku agak tertekan dengan masalah ini. Tetapi, segala masalah yang melanda ini sukar untuk dijangka.
Aku yakin pihak Fivio sendiri sudah tentu ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Terima kasih untuk pihak Fivio terutama En. Fadh kerana tidak jemu melayan ‘support ticket‘ yang seringkali aku layangkan ke emel mereka di dalam beberapa hari ini.
Dengan perpindahan dari harddisk lama ke harddisk yang terbaru, aku harapkan aktiviti menulis dan berblogging dapat dijalankan seperti biasa, insya-Allah. ;)
Ditulis pada 18 June '09 oleh Aidilx | 276 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 8 Komen.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). {Surah al-Syuara’: ayat 43}
Antara marah, dendam dan maaf maka seafdalnya kemaafan itu menjadi pilihan utama. Namun, berdayakah seorang insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk melupuskan perasaan tersebut seraya memberikan kemaafan kepada orang yang terbabit?
Perasaan amarah yang dipendam dan ditahan di dalam hati sudah pasti bukanlah suatu perkara yang menyenangkan. Dan, dendam bukanlah jalan terakhir untuk penyelesaian amarah tersebut. Islam mengharuskan kita mengambil tindakan yang adil terhadap mereka yang menyebabkan kita marah yakni (di atas kebenaran) yakni yang disebut ‘al-adl‘ namun Islam lebih menggalakkan tindakan yang lebih afdal, iaitu memberikan kemaafan. Justeru, inilah disebut ‘al-ihsan‘ iaitu berbuat baik atau bersikap baik. Bahkan, Islam juga menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana kemaafan itu boleh menghilangkan rasa amarah dan dendam di dalam diri.
Oleh itu, sebagai hamba Allah yang telah terlanjur melepaskan amarahnya kepada kamu, aku ingin sejuta kemaafan. Entah esok atau lusa, mata aku terpejam tanpa memohon maaf kepada kamu yang tersinggung nescaya aku termasuk antara hamba-Nya yang rugi.

Ditulis pada 16 June '09 oleh Aidilx | 379 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 2 Komen.