Gong Xi Fa Cai: Wishing You Happy Chinese New Year

欢乐中国新的一年里我所有的朋友和家人。祝你一个繁荣的中国新的一年!

Aidilx ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyambutnya. Setiap tahun selain dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, inilah perayaan yang ditunggu oleh saya dan keluarga.

Sejak memasuki alam pekerjaan, tiada lagi hang bao yang saya terima. Kalau ada pun itu dah kira bernasib baik.  :tongue: Tahun Baru Cina inilah peluang saya berkumpul dan berkenalan dengan sanak saudara yang saya jarang jumpa. Bila berkumpul tiada lagi perbezaan agama mahupun budaya kerana ikatan kekeluargaan itu lebih utuh dari segalanya.

Tak meriah Tahun Baru Cina tanpa adanya lagu tema sama ada klasik atau moden. Beberapa bulan ini, telinga saya sering disajikan dengan lagu-lagu Tahun Baru Cina yang ceria. Kita yang mendengarnya pun ikut teruja dan jatuh minat. :grin: Contohnya seperti lagu nyanyian Queenzy & Wei Wei :

Video ini pun ‘awesome‘ sebab penyanyinya comei. :wink:

Tidak lupa juga kepada peminat fotografi, jangan lupa sertai pertandingan ‘CNY Photo Contest‘ yang dianjurkan oleh Petronas. Inilah peluang anda untuk memenangi hadiah yang lumayan (RM2000)!

Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook Petronas.

Tahun Naga: Semoga beri Ong kepada saya. :tongue:


Ditulis pada 23 January '12 oleh | 85 Kali Ditelaah
Bawah akta Aidilx, Hiburan | 2 Komen.

Belasungkawa: Dayang Celia Margaret Captier-Brooke

Ucapan takziah kepada seluruh keluarga Rajah Sarawak, Seri Paduka Duli Yang Maha Mulia Rajah Muda Anthony Brooke di atas pemergian Duli Yang Mulia Dayang Celia pada 18 Januari 2012 di kediaman rasminya di Rennes-le-Chateau, Perancis.

Condolences to the all members of the Rajahs family. May you rest in peace.

(more…)


Ditulis pada 21 January '12 oleh | 159 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Politik, Sarawak | Tiada Komen.

Belasungkawa: Izwan Pilus

PETALING JAYA: Penyanyi Izwan Pilus,33, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini, berkata, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang, Jumaat.

Katanya, Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyumdimasukkan ke hospital pagi Jumaat akibat sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal pada waktu petang.

“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Terdahulu pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas berpanjangan.

(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ditulis pada 20 January '12 oleh | 119 Kali Ditelaah
Bawah akta Hiburan, Info Semasa | Tiada Komen.