Artikel Lalu

Jomhosting: Server Baru!

Aku baru berkesempatan membaca semua emel-emel di Gmail. Tak sangka, rupa-rupanya pihak Jomhosting sedang melakukan perpindahan server ke lokasi baru tetapi masih di Cyberjaya. Minta maaf kepada pengunjung blog Aidilx.com yang tidak dapat mengakses ke blog ini disebabkan masalah teknikal tersebut.

Memang ada sedikit masalah yang aku hadapi sekarang, tetapi aku rasa masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak pentadbir Jomhosting. Aku masih berpuas hati dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak Jomhosting walaupun ada masanya aku rasa nak berpindah ke hosting lain. :beurk:

Kepada yang masih tercari-cari hosting untuk blog anda, bolehlah mencuba Jomhosting. Bayaran tahunan yang agak murah, sudah tentu ianya berbaloi kepada pemilik dan blog sekaligus. Dengan server yang sudah dinaiktaraf ke server baru, rasanya Jomhosting mampu memberikan kepuasan anda dalam berblogging. 8)

Notebook Doraemon Dari Kurokids

Baru beberapa hari lepas, Aidilx menulis satu entri tentang Doraemon. Masih adakah rakyat Malaysia yang tidak mengenali Doraemon? Agak mustahil jika ada yang masih tidak mengenali Doraemon di Malaysia. Tetapi, itu bukanlah persoalan utama. Tahukah anda bahawa sebuah perusahaan di Jepun, Kurokids telah melancarkan sebuah komputer riba yang bertemakan satu karektor dalam siri Doraemon.

Baca Artikel Sepenuhnya

Gundam: Penjaga Kota Tokyo

Mulai Julai ini, para penduduk Tokyo tidak perlu gusar akan serangan yang mungkin timbul dari musuh lamanya sama ada raksasa, robot musuh ataupun kejahatan lain sepertimana yang selalu kita tontoni dikaca televisyen. Dengan terbinanya, GUNDAM setinggi 59 kaki sudah semestinya GUNDAM akan mampu menjaga kota Tokyo daripada ancaman para musuhnya.

Menara Gundam

Baca Artikel Sepenuhnya