Artikel Lalu

Doraemon Versi Akustika {Updated}

Selalu ku nulis dalam bahasa Melayu standard. Aritok, aku nak nulis dalam bahasa Melayu Sarawak. Kadang lejuk juak nyawa nulis dalam bahasa Melayu standard. Ya pun, aku rasa ada juak salah tatabahasa sebab aku bukan pandei ilak nulis bahasa Melayu Sarawak. Edeh! Nang ada! :o:

Baca Artikel Sepenuhnya

Maulidur Rasul 1430H

Tanggal 12 Rabiulawal pada setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, tertahlil dan sebagainya dapat menyatakan perasaan sayang dan kasih kita kepada Rasullullah?

Baca Artikel Sepenuhnya

Hinakah Bahasa Ibundaku?

7 Mac 2009, rakyat mara lagi.
Bukan menderhaka tetapi sesuai ditafsirkan sebagai protes terhormat.
Rakyat ingin mengirimkan memorandum bantahan.
Namun, kerajaan mengirimkan gas pemedih mata.

Isu ini dipolitikkan ataupun sememangnya suatu isu yang menuntut orang Melayu sedar akan kepentingan menjaga bahasa ibundanya daripada pupus suatu masa nanti. Agak payah untuk dikupas dan ulas. Ada yang berpendapat bahawa perlaksanaan dasar PPSMI wajar diteruskan. Ada pula yang berpendapat bahawa wajar memberi ruang dan peluang kepada bahasa ibunda yakni Bahasa Melayu untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik disekolah-sekolah di Malaysia.

Pada 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007).

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit.

Sumber: TIMSS 2007

Baca Artikel Sepenuhnya