Sekuel “Kami Bersamamu”..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur segalanya di bumi ini. Kami mula menarik nafas lega apabila si kecil, Awang Abdul Najib mula menampakkan sedikit perubahan yang cukup memberansangkan. Si kecil sudah dipindahkan ke wad biasa setelah dimasukkan ke ICU tempohari. Perubahan positif ini sedikit sebanyak mampu memberikan kegembiraan kepada sepupu aku walaupun aku rasakan masih tersisa perasaan risau dan cemas dihatinya.
Walaupun, si kecil sudah dipindahkan ke wad biasa tetapi masih bergantung kepada bekalan oksigen. Wayar-wayar juga masih berselirat dibadannya. Dan, inilah yang agak merisaukan aku. Doktor sendiri, tempohari, telah memberikan sedikit gambaran kepada kami bahawa percaturan hidup si kecil cuma 50-50. Namun, kami yakin kekuasaan Allah itu mampu mengatasi segala-galanya. Doa dan usaha tidak pernah putus kami iringi dan panjatkan kepada-Nya agar si kecil cepat sembuh.
(more…)
Ditulis pada 22 May '09 oleh Aidilx | 162 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 8 Komen.
Pagi semalam, agak terkejut setelah mendapat panggilan daripada sepupu aku. Anak saudara aku yang baru berusia 10 hari telah dimasukkan ke ICU. Dengan kesibukan yang masih membelenggu masa ini, aku terpaksa memohon cuti (emergency). Boss pun rasanya terpaksa melepaskan aku bercuti. :)
Tanpa melengahkan masa, terus memecut sang kancil ke Sibu. Sampai ke hospital Sibu, aku melihat raut wajah sepupu aku dah tampak semacam. Sejurus tiba di pekarangan hospital, perkara pertama memanaskan telinga apabila sepupu aku mengatakan bahawa oksigen yang sepatutnya “menemani” si kecil (tanpa sengaja mahupun sengaja) telah diputuskan. Masya-Allah! Bayangkan, anak saudara aku yang 100% bergantung kepada oksigen ketika itu; terpaksa berjuang untuk bernafas tanpa bantuan peti oksigen tersebut. Allah Maha Berkuasa mengatur segalanya; kebetulan sepupu aku datang menjengok dia pada waktu tersebut. Kalau tidak, hanya Allah saja yang tau bagaimana nasib dia.
(more…)
Ditulis pada 19 May '09 oleh Aidilx | 326 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 12 Komen.
Aidilx masih bercuti daripada mengemaskini blog ini. Daripada penghujung bulan April lepas sehingga kini, aku masih dibelenggu kesibukan. Tambahan lagi, dua tiga hari ini, aku kena demam panas dan selesema pula. :(
Insya-Allah, Aidilx.com akan kembali ke udara apabila semuanya selesai. Banyak entri yang terperam sebegitu sahaja.

Ditulis pada 12 May '09 oleh Aidilx | 208 Kali Ditelaah
Bawah akta Uncategorized | 6 Komen.