
Alhamdulillah, sudah 14 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Barangkali, belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan dan para pembaca di Aidilx.com dengan harapan semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Di waktu kita sedang leka membeli juadah berbuka puasa, janganlah biarkan nafsu menguasai diri sehingga akhirnya lauk yang dibeli berakhir di tong sampah. Alhamdulillah, kita masih mampu merasai nikmat makanan yang pelbagai rasa dan rupa walhal di Somalia ramai kanak-kanak yang kebuluran kerana kekurangan sumber makanan. Justeru, amalkanlah kesederhanaan dan elakkan pembaziran!
Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi Penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar – al-Hadith
Ditulis pada 14 August '11 oleh Aidilx | 42 Kali Ditelaah
Bawah akta Agama | Tiada Komen.

Aku merenung kembali kisah silamku. Mengingati semula perjalanan hidup yang telah kulalui di muka bumi Allah yang maha luas ini. Entah mengapa Ramadhan kali ini begitu mudah membuatkan aku menitiskan air mata. Sering kurasakan, Ramadhan ini berkemungkinan adalah Ramadhan yang terakhir buatku, dan mengenangkan betapa cepatnya waktu berlalu, membuatkan aku merenung kembali apa yang telah ku lakukan sepanjang 11 hari Ramadhan berlalu ini. Secara tidak langsung, fikiranku turut bergerak lebih jauh dan cuba untuk mengingati setiap yang berlaku ke atas diriku sepanjang aku hidup di muka bumi.
Terimbau kenangan dahulu semasa aku berada di tingkatan lima, guru kelasku pada waktu itu ialah Ustazah Naemah.
Dia pernah mengucapkan kata-kata yang biasa buat kami, anak didiknya. Mungkin pada orang lain ia hanya kata-kata biasa tapi pada aku cukup terkesan di hati hingga ke saat ini. “Jadilah orang yang membawa manfaat kepada orang lain”. Itulah kata-katanya yang segar di hatiku hingga ke saat ini.
Aku mengingat kembali apakah manfaat yang telah kuberi setelah sekian lama aku bernafas di bumi Allah ini. Apabila difikirkan dengan mendalam, bagaikan tiada manfaat yang kuberi pada insan yang lain. Pada orang lain, mungkin kerjaya aku sebagai pendidik sangat mulia di pandangan mereka, namun pada aku ia hanya satu amanah yang harus kupikul lantaran aku menerima gaji setiap 25 haribulan.
Sering juga kesabaranku hilang sewaktu menjalankan tugas sebagai seorang guru dek perangai murid-muridku yang semakin hari semakin kreatif bentuk kenakalannya. Kadang kala aku meninggikan suara kepada mereka, namun aku sering menyesali dan berfikir wajarkah aku berbuat sedemikian rupa. Aku cuba yakinkan hati bahawa apa yang ku lakukan akan mampu mengubah mereka menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Apabila pulang ke rumah, aku selalu berfikir, adakah kerjaya aku merupakan satu ibadah buat diriku? Adakah kerjaya yang dilakukanku ini aku lakukan hanya kerana khuatir gaji dianggap syubhah andai tidak dilaksanakan dengan baik dikira ibadah di sisi Allah? Berapakah ilmu yang kusampaikan tersemat di hati anak didikku? Dan yang paling utama, berapa ramaikah di antara mereka yang mengamalkan ilmu yang telah ku sampaikan selama ini?
(more…)
Ditulis pada 13 August '11 oleh Aidilx | 69 Kali Ditelaah
Bawah akta Motivasi, Pendidikan | 2 Komen.
Hampir bergema rumah sepi ini dengan sorakan kegembiraan apabila kapten pasukan Malaysia menyumbatkan gol. Permainan saudara sekelian amat saya kagumi. Tambahan lagi, semangat juang Harimau Malaya tetap kental dan utuh dijiwa saudara semua.
Tahniah saudara kerana mampu memenangi perlawanan semalam waima satu gol terpaksa diberikan kepada Taiwan. Walauapapun, saya tetap memberikan sepenuh sokongan kepada Harimau Malaya.
Perjuangan kita belum selesai!

Ditulis pada 30 June '11 oleh Aidilx | 116 Kali Ditelaah
Bawah akta Info Semasa, Sukan | 2 Komen.