Forza Liverpool!
Info Dunia, Info Semasa, Sukan 26 Oktober, 2009

Liverpool berjaya menebus maruah daripada kekalahan berturut-turut dengan membenam musuh tradisinya, Manchester United semalam dengan jaringan 2-0. Kemenangan yang sungguh berharga bagi penyokong Liverpool yang sering kali dipandang rendah oleh penyokong Manchester United.
Adat pertandingan, tak semestinya yang GAH akan sentiasa akan mengungguli setiap permainan. Mungkin, nasib dan usaha menyebelahi Liverpool semalam. Yang pasti, kemenangan Liverpool ke atas Manchester United semalam memberi laluan yang cerah kepada Chelsea untuk mengungguli kedudukan teratas di Liga Perdana Inggeris.
Liga Perdana Malaysia
Saya masih kempunan untuk menyaksikan aksi mantap di Liga Perdana Malaysia. Secara jujurnya, saya tidak begitu berminat untuk menonton perlawanan liga tempatan. Permainan yang cukup meloyakan. Hatta Vietnam, sebuah negara kecil yang baru bangkit selepas pemerintahan Regim Khmer sudah mampu menunjukkan kebangkitan luarbiasa di arena bola sepak antarabangsa. Malaysia? Rasanya kamu sendiri boleh menimbang tara.
Pasukan bola sepak negeri saya, Sarawak, semakin tenat. Hampir menarik diri dek kerana masalah kewangan yang menghimpit, terus menyaksikan permainan hambar dan kerapkali di’kenduri’ oleh pihak lawan. Perit! Tenaga muda yang diserap untuk mewakili negeri nampaknya kurang bertenaga. Apakah sudah tandus pemain berbisa seperti mana Affendi Julaihi, Ramles & Ramos Sari?
Saya bukan Shebby Singh yang sering melemparkan kritikan pedas pada skuad kebangsaan walaupun skuad bimbingannya tidak se”GAH” mana. Saya cuma peminat bola sepak yang sudah kehilangan nafsu untuk menonton ketempangan skuad kebangsaan mahupun negerinya tatkala beraksi. Saya tidak mengharapkan skuad negara bangkit mendadak dan terus hebat seperti Manchester United. Hanya mengharapkan bola sepak negara unggul semula dipersada antarabangsa.





