Saya mengekek sendirian tatkala membaca persatuan berpaksikan Islam (agaknya) ingin menyaman pengarah filem muda negara di dada akhbar online.
Kod rahsia? Umpama kod Raja Roman ataupun kod Kelara?
Kalau benar memperjuangkan Islam, mari kita banteras segala filem yang bergenrekan tahyul mahyul yang merosakkan pemikiran anak bangsa kita. Kita bangsa Melayu, Islam pegangan kita, masihkah kita dimomokkan dengan filem sebegini?
Sudahlah, saman menyaman itu bukan solusi yang terbaik melainkan tuan ada niat tersembunyi (mala fide). Maaf, saya tidak berniat untuk mengapi-apikan, cuma selaku penulis belog marhaen, saya juga punya hak untuk menegur dengan cara tersendiri.
Barangkali, setiap pembikin filem perlu hadir ke PEKIDA untuk mendengar syarahan “Amal Makruf Nahi Mungkar.“
Ditulis pada 11 June '11 oleh Aidilx | 46 Kali Ditelaah
Bawah akta Hiburan, Info Semasa, Satira | Tiada Komen.

Dalam pengharapan saya kali ini. Acapkali keluhan dilepaskan, namun bukan menzahirkan kekecewaan yang nyata. Yakin, rezeki untuk saya tetap ada. Perlu gali, cari dan usaha untuk menemukannya. Kudrat masih bersisa dijasad, maka saya harus kejar sehingga ke liang lahad.
“Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas”.(Surah Hud- ayat 6)
Ditulis pada 10 June '11 oleh Aidilx | 42 Kali Ditelaah
Bawah akta Aidilx, Motivasi | Tiada Komen.

“Kalau ada banyak duit baguskan ma?” Ringan mulut untuk menelah isi hati mama.
“Kalau banyak duit, kau nak buat apa?” Jawap mama, acuh tak acuh.
“Kalau ada duit, tak payah banyak pun, dalam lima ratus ribu pun dah memadai.”
Mata mama mula bersinar. Teruja.
“Dil mahu kahwin.” Saya pandang tepat ke mata mama. Saya menjawab dengan sejujurnya.
Mama senyum meleret, barangkali malas melayan anganan saya.

Ditulis pada 8 June '11 oleh Aidilx | 39 Kali Ditelaah
Bawah akta Aidilx, Satira | Tiada Komen.