01.09.09: Selamat Kembali..

Aidilx, Blog 1 September, 2009

Selamat kembali buat diri. Dia perlukan terapi ini untuk kepuasan mentalitinya sendiri. Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Jiwaku kembali pulang setelah diseru angin keramat 1957. ;)




Pemuda Yang Lelah..

Aidilx, Blog 9 Ogos, 2009

Pemuda itu sudah lelah menenangkan jiwanya sendiri. Diraba hatinya untuk bertanyakan sama ada rasa itu masih ada. Benar. Rasa itu tetap ada. Cuma ianya semakin menghilang. Waktu telah membawa pergi sebahagian daripada rasa itu. Saban hari, hati sang pemuda semakin dingin. Dingin untuk memberikan rasa kepada yang ingin bertamu. Mungkin, itu lebih baik kepadanya. Terlalu banyak tergalas dipundaknya. Maaf, adakala si pemuda jadi kaku untuk berbicara.

Pemuda itu sudah lelah menggembirakan hatinya sendiri. Mungkin ini masa untuknya membersihkan segala gelodak tinggalan sejarah yang lepas. Sehingga Ramadhan tiba, si pemuda akan berkelana mencari kedamaian untuk hatinya. Mudah-mudahan nanti, pemuda yang lelah itu akan menemui penawar di dalam perkelanaannya.




H Wang N Wang!

Info Dunia, Info Semasa 27 Julai, 2009

Gunakan Coli Untuk Menggantikan Mask!

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Related Posts with Thumbnails



blank