Projek Puisi

Lelaki29: Warkah Majnun Kepada Layla

laylaku,
apa pun rintangan dan dugaannya
kumohon khabarkan kepada bondamu
kita sudah benar-benar bercinta
seperti Adam dan Hawa
kita sedia menjadi masa depan
payah dan penuh kekangan

untuk hantaran
khabarkan pada bondamu
jangan terlalu mendesak
ini musim peniaga menjadi gila
kerajaan kerap mungkir janji
beban semakin berat dipundak
aku enggan sama sekali
urusan walimatulurus dikomersialkan
pernikahan ini bukan bahan komoditi

Laylaku,
aku bukan bertaraf para ulama
tidak pernah mengimpi gelar
namun aku yakin
zuriat kita bakal membuat pahala
dengan memberi nafkah kepada LHDN
tetapi aku kurang pasti
apakah mereka masuk syurga
jika tidak menjenguk kita diusia tua
lantaran kesibukan kerja menghimpit masa
memenuhi percaturan negara berwawasan

Aidilx
Allamanda
04 Februari 2011

13 Comments to “Projek Puisi”

05.02.11 at 02:12
Posted by Kic Ssan

Memberi nafkah kepada LHDN membuatkan otak kecilku menggigil geram. ALL THE BEST!

Aidilx Reply:

Apakah punca otak kecil itu menggigil geram? :oups2:

Kic Ssan Reply:

Gigilan geram ya nama saintifiknya digelar Vibrato. Haha.

06.02.11 at 18:30
Posted by zety

semoga berterusan selama 30 hari hendaknya.. gambatte kudasai! amin.. 8)
zety recently posted..RenunganMy Profile

Aidilx Reply:

Terima kasih untuk doa & dokongan tersebut! 8)

08.02.11 at 14:08
Posted by Kic Ssan

All the best Sang Perindu dan tersenyumlah wahai Sang Pemilik Hati! =)

08.02.11 at 22:40
Posted by Kic Ssan

Tiada ragu untuk mencapai kebahagiaan. Malah, jangan katakan RAGU untuk mengejar kebahagiaan yang pasti. Tetapkan hati, minta petunjukNYA. Semoga segalanya baik-baik saja. Bismillaahi tawakalallahu laa hau lawalaa quwwata illa billaahil aliyyil aziim.

Sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik tempat mengadu, sebaik-baik tempat untuk menyandarkan harapan kebahagiaan, sebaik-baik perlindungan dari segala fitnah segala jenis makhluk ALLAH yang melata di atas tanah mahupun berterbangan di tujuh langit ALLAH.

Innamaa amruhu izaa araa da syai an aiyyaquu lalahum kun fayakun.. His command is only when He intends a thing that He says to it, "Be," and it is..

Hanya ALLAH Maha Menentukan segalanya. Kita, manusia hanya hebat dalam merancang. Namun, tiada taranya dengan kuasa menentukan yang hanya selayaknya dipegang ALLAH SWT.

Umur, rezeki, jodoh, ajal. Semuanya milik ALLAH dan rahasia ALLAH. Sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz [sebelum roh ditiupkan ke dalam tubuh kita semasa kita menjadi fetus di alam rahim]. Sebaiknya, serahkan soal jodoh, ajal, umur dan rezeki kepada Yang Maha Menentukan. Kita hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik dan memperbaiki segala yang kurang dalam meniti jodoh, meniti ajal, meniti umur mahupun meniti rezeki. Just, follow the flow.

All the best in your life dear friend. InsyaAllah. ALLAH is always be HERE for you, me, and them. :)

09.02.11 at 23:33
Posted by intankuterpilih

ko ke yg reka puisi ni? memang berseni la ko.. tahniah!
intankuterpilih recently posted..Awal Kandungan Anak Ke-2My Profile

Aidilx Reply:

Ye! Puisi-puisi yang dihasilkan di sini merupakan puisi yang dirintis untuk Projek Puisi Kembara Mencari Cinta. Ada lagi yang berseni, insya-Allah, akan dimasukkan link mereka yang menyertai projek Puisi Kembara Mencari Cinta sedikit masa lagi. Walaubagaimanapun, terima kasih intang!

16.01.12 at 17:37
Posted by ??

jangan berani memberi warkah kepada laila, kalau majnun belum pernah ikhlas dan rela dlm cinta.

Aidilx Reply:

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rasa yang ada di dalam hati Majnun.

27.01.12 at 23:38
Posted by ApVenture

:smile: Puitis,…
ApVenture recently posted..Sayuran Tradisional MalaysiaMy Profile

Aidilx Reply:

Terima kasih di atas sokongan. :wink: Aidilx recently posted..Fenomena Ribut GeomagnetikMy Profile







:


CommentLuv badge
:grin: :laugh: :smile: :wink: :kiss: :love: :tongue: :amazed: :confused: :sad: :cry: :angel: :angry: